Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemulihan ekonomi Malaysia positif

16 Jun 2020 08:00am | Masa membaca: 4 minit
Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Inisiatif pemulihan semula ekonomi negara susulan pandemik koronavirus (Covid-19) mula menunjukkan perkembangan positif terutama dalam sektor pelancongan dan peruncitan.

Penganalisis ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan rakyat merentas sempadan negeri membolehkan sektor industri pelancongan bernafas semula.

“Pengunjung di gedung membeli-belah dan restoran juga meningkat. Jika kes jangkitan Covid-19 berterusan menurun, keyakinan pembeli dan pelabur akan kembali meningkat sekali gus merancakkan lagi pasaran tempatan sehingga akhir tahun,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmed Razman berkata, industri yang bergantung kepada pasaran domestik juga akan pulih lebih cepat berbanding industri yang bergantung kepada negara luar.

“Walaupun sektor pelancongan negara kini dalam proses pemulihan tetapi ia sukar untuk kembali pulih seperti asal kerana tiada kedatangan pelancong asing.

“Begitu juga dengan sektor penerbangan kerana permintaan domestik tidak cukup untuk mengembalikan sektor ini seperti dulu,” katanya.

Adnan Mat
Adnan Mat

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan lanjutan tempoh moratorium mampu melegakan rakyat Malaysia yang terkesan dengan krisis Covid-19.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Presidennya, Adnan Mat berkata, golongan pekerja dan peniaga yang terjejas akibat hilang punca pendapatan termasuk dibuang kerja boleh menarik nafas lega dengan pelbagai insentif telah diberikan oleh kerajaan termasuklah tempoh moratorium pinjaman selama enam bulan bermula April lalu.

Bagaimanapun, katanya, walaupun hampir semua sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi semula, masih ramai lagi yang tidak mempunyai pekerjaan setelah diberhentikan kerja semasa berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Justeru, Cuepacs menyokong sepenuhnya jika kerajaan dan Bank Negara Malaysia mempertimbangkan untuk memberi lanjutan tempoh moratorium kepada individu atau isi rumah yang masih terkesan dengan krisis Covid-19.

“Jika institusi kewangan terus memberi insentif dan inisiatif yang boleh membantu rakyat seperti moratorium pinjaman, ia memberi sedikit kelegaan dan membolehkan rakyat kembali bangkit dan seterusnya berupaya membayar semula pinjaman mereka,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Adnan turut berharap agar kerajaan mempertimbang dan memperhalusi cadangan tersebut dengan mengambil kira semua faktor melibatkan individu dan isi rumah.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. UMNO sudah hilang upaya terima perbezaan pendapat - Exco Pemuda
  2. Jadi PM untuk semua
  3. Kemelut perkahwinan antarabangsa
  4. Apabila sedekah menjadi rasuah
  5. Janganlah jadi sesumpah bila ada kuasa