Sila log masuk terlebih dahulu.

Profesor seru sokong Muhyiddin

20 Jun 2020 06:55am | Masa membaca: 4 minit
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
A
A
A

TAN Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja bebas Covid-19 setelah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, malah beliau kini bebas daripada penyakit lain.

Seperti dilaporkan media, pakar mengesahkan Perdana Menteri kini bebas kanser dan cukup sihat untuk menjalankan tugas.

Alhamdulillah, semoga beliau tiada gangguan – dan halangan – untuk memimpin negara menghadapi saat-saat mencabar kesan Covid-19.

Bagi Tok, selain virus Covid-19 dan kanser, ada virus lain yang lebih berbahaya kepada kepimpinan Tan Sri, iaitu virus politik.

Sebagai orang lama dalam politik dan perjuangan, tentu Yang Amat Berhormat itu maklum mengenai virus politik yang sentiasa mengintai...

SEPERTI dikhabarkan, seramai 115 ilmuwan berkelulusan PhD daripada universiti tempatan menyeru sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin.

Seruan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama daripada dua profesor emeritus.

Turut menyertai kenyataan berkenaan ialah 22 profesor, 33 profesor madya dan 58 pensyarah kanan daripada 21 universiti awam (IPTA) dan empat universiti dan kolej universiti swasta (IPTS).

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Malah, tambah kenyataan itu ramai lagi pemegang PhD dan profesor – termasuk yang telah bersara – menyatakan sokongan “tetapi tidak bersedia disebut nama mereka”.

Maknanya ada pemegang PhD yang menyokong secara terbuka, ada yang menyokong dalam senyap. Maka Tok ingin tahu apa pendirian Majlis Profesor Negara?

SEMENTARA pandemik Covid-19 di tempat kita semakin mereda, bahang politik semakin terasa, lebih-lebih lagi menjelang PRK Chini.

Seperti dilaporkan media, BN telah pun memilih calon mereka iaitu AJK UMNO Bahagian Pekan, Mohd Sharim Md Zain.

Selain BN siapa agaknya yang sedia berlawan dalam PRK yang menurut kebanyakan orang “berikan sahaja kemenangan percuma kepada UMNO, lawan pun takde makna apa-apa”.

Beberapa parti politik, termasuk Bersatu telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding... macam merajuk saja!

PERIHAL calon UMNO untuk PRK Chini itu menjadi bualan orang juga. Ada yang bertanya kenapa tidak pilih anak Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nizar sebagai calon?

Kata yang empunya cerita Nizar pun ada kelayakan dan pengalaman untuk dilawankan. Beliau ialah pemimpin UMNO Pekan dan dikenali ramai di situ.

Najib kata walaupun anaknya sesuai, beliau tidak setuju Nizar bertanding memandangkan ada juga tokoh lain yang layak dicalonkan.

Katanya: “Saya tidaklah macam Tun Mahathir, Anwar atau Lim Kit Siang, dan UMNO bukan parti milik keluarga sesiapa....”

Macam merajuk juga tu!

YAYASAN Sabah mengemukakan saman terhadap bekas Ketua Menteri negeri itu, Tan Sri Musa Aman, bagi mendapatkan RM872 juta wang yang didakwa ‘hilang’ dalam perjanjian balak yang meragukan.

Seperti diberitakan, Pengarah yayasan itu, Datuk Jamalul Kiram Zakaria berkata, saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu secara dalam talian pada 16 Jun lalu.

Seperti diketahui umum Musa ialah salah seorang pemimpin kanan UMNO yang didakwa di mahkamah selepas Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya pada Mei 2018.

Bagaimanapun, beliau dilepas dan dibebaskan daripada semua 46 pertuduhan berkenaan pada 9 Jun lalu. Terlepas daripada 46 pertuduhan, adakah beliau akan sangkut tuduhan Yayasan Sabah. Yang pasti beliau belum boleh tidur lena.

AKHIR kalam, ada berita baik ketika ramai orang tidak banyak duit untuk membeli makanan. Seorang penjual makanan di Tumpat, Kelantan menawarkan makanan kesukaan ramai pada harga hanya RM1.

Zailani Ismail tidak kisah menjual makanan dan minuman di gerainya di Kampung Delima hanya pada harga RM1 kerana dia percaya rezeki ALLAH SWT itu luas malah pengunjung ke kedainya juga tidak putus-putus.

Dia menjual pelbagai hidangan sup seperti mi, kuetiau, makaroni dan bihun sup serta nasi air pada harga RM1 semangkuk.

Tok doakan perniagaan keluarga ini bertambah maju.

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Kit Siang, Wan Azizah mungkin berehat?
  2. Syarat Puteri Gunung Ledang
  3. Bayangan laluan sukar buat PN
  4. Kenapa bertindak luar batas?
  5. Siapa dalang di sebalik letupan paip gas Nord Stream?