Sila log masuk terlebih dahulu.

Turun harga tambang: Fomca sambut baik gesaan kerajaan

23 Jun 2020 08:05am | Masa membaca: 4 minit
Fomca saran syarikat penerbangan meneliti perkara itu setelah kerajaan memberi kebenaran membawa penumpang dalam kapasiti penuh berbanding ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Fomca saran syarikat penerbangan meneliti perkara itu setelah kerajaan memberi kebenaran membawa penumpang dalam kapasiti penuh berbanding ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menyambut baik usaha kerajaan menggesa syarikat penerbangan menurunkan harga tambang susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial terhadap penumpang dalam pesawat dan pengunjung terminal lapangan terbang.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, perkara itu wajar diteliti setelah kerajaan memberi kebenaran membawa penumpang dalam kapasiti penuh berbanding ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Menurutnya, syarikat penerbangan perlu kembali kepada harga tambang asal tetapi perkara itu tidak berlaku apabila mereka masih mengekalkan kadar tambang yang mahal.

Mohd Yusof
Mohd Yusof

“Adalah tidak wajar syarikat penerbangan menjadikannya sebagai alasan untuk menampung kerugian yang dialami mereka sepanjang tempoh PKP kerana situasi pandemik Covid-19 itu dialami oleh semua pihak,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohd Yusof berkata, Fomca dan pengguna memahami kadar tambang yang tinggi sebelum ini kerana mereka tidak dibenarkan beroperasi secara penuh tetapi kini semua syarikat penerbangan dibenarkan untuk membawa penumpang dalam kadar yang penuh.

“Walaupun kerajaan memutuskan pelaksanaan penjarakan sosial di pintu pelepasan dalam terminal lapangan terbang dikecualikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun mereka perlu memberi keutamaan terhadap keselamatan pengguna,” katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. HFMD makin membimbangkan
  2. Hubungan yang tidak putus
  3. ‘Era baharu’ AS-ASEAN
  4. Ancaman stagflasi mula dirasai
  5. Tingkat kawalan sempadan negara