Sila log masuk terlebih dahulu.

Reaksi dunia terhadap tindakan Israel

03 Julai 2020 07:45am | Masa membaca: 4 minit
A
A
A

TIDAK kira berapa banyak bahagian Tebing Barat Palestin yang akan dirampas Israel, pokoknya pelan itu akan dilanjutkan untuk merampas semua kawasan Palestin yang berbaki termasuk di timur Sungai Jordan.

Sumber air menjadi perhitungan terpenting oleh Israel. Aliran sungai Hasbani dan Baniyas ke laut Galilee dan terus ke sungai Jordan dan akhirnya ke Laut Mati dipeta sebagai sebahagian kawasan penting untuk dikuasai Israel.

Pada tahun1950-an dan 60-an, Zionis cuba mengalih aliran Sungai Golan. Pada tahun 1967 Israel merampas dua pertiga tebing tinggi Golan.

Sejumlah 100,000 warga Syria melarikan diri, 100 perkampungan mereka dimusnahkan dan tanah mereka diberi kepada 22,000 penduduk Yahudi.

Kini Israel menguasai 60 peratus air bersih dari laut Galilee dan Tebing Barat. Air disalur kepada keperluan penduduk Israel (450,000 orang, tidak termasuk Jerusalem Timur) untuk mengairi laman rumah dan kolam mandi mereka.

Berbanding 2.2 juta warga Palestin hampir kekeringan air untuk kegunaan domestik, penduduk Palestin sering berhadapan pemotongan air dan tidak dibenarkan menggali perigi sejak 1967 walaupun pertumbuhan penduduk terus meningkat.

Zionis sejak awal melihat penguasaan sumber air sebagai sangat genting ketika membentuk negara Israel. Kedua-dua belah tebing sungai Jordan akan menjadi faktor terpenting untuk melebarkan kawasan Israel dengan merampas Tebing Barat.

Puak Zionis yang dipimpin Chaim Weizmann dan David Ben-Gurion, memposisikan diri mereka dalam kerajaan imperialis British. Mereka mendapat kedudukan strategik dalam pentadbiran, ketenteraan dan polis untuk mengusir warga Palestin dan merampas tanah mereka.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Seorang Ketua Zionis fasis, Vladimir Jabotinsky merencana menguasai bukan sahaja dari laut hingga Sungai Jordan malah di seberang sungai iaitu negeri Transjordan. Beliau membangunkan ‘benteng besi’ ketenteraan untuk membanteras gerakan penentang Palestin.

Semua puak Zionis sama ada golongan aliran kiri atau kanan merencana merampas semua tanah Palestin yang dilakar dalam peta mereka sejak tahun 1919.

Setelah mencapai hasrat mereka, partisi PBB diketepikan. Zionis tidak berniat sama sekali mahu mematuhi resolusi PBB bila menubuhkan negara Israel. Ben-Gurion jelas menyatakan perang dengan Arab akan menjayakan matlamat mereka.

Setelah berjaya merampas 78 peratus tanah Palestin, Israel menjadi ahli PBB dengan syarat mematuhi resolusi 194 Perhimpunan Umum PBB, namun Israel sengaja tidak mahu mematuhi resolusi tersebut. Oleh itu, sepatutnya keahliannya dalam PBB terbatal.

Merampas Tebing Barat Palestin adalah untuk meneruskan rencana asal mereka. Puak Zionis ini digelar ‘Revisionis’. Netanyahu adalah daripada puak ini. Malah ada puak Zionis yang sangat ekstrem dalam melaksanakan rencana mereka untuk merampas seluruh bumi Palestin.

Netanyahu komited untuk merealisasikan hasrat Zionis yang mendakwa hak orang Yahudi ke atas seluruh tanah Israel.

September lalu, perjanjian kerajaan perpaduan antara Benjamin Netanyahu-Benny Gantz akan melaksanakan perampasan sebahagian lagi wilayah Tebing Barat bakal berlaku. Ini persetujuan antara mereka berdua.

Belum pasti kawasan mana yang akan dirampas dulu nanti. Yang pasti ia termasuk 100 kilometer lembah Jordan antara jambatan Hussein dan Karameh.

Dengan perampasan Tebing Barat nanti, proses damai telah mati. Penyelesaian dua negara (two-state solution) tidak wujud lagi. Israel sendiri mempersetankan proses damai.

Walaupun komuniti antarabangsa memberi reaksi negatif terhadap pelan perampasan, secara praktis tiada yang dapat menahan Israel. Perjanjian damai antara Israel dan Jordan hanya menjadi alat taktikal kepada Israel.

Israel sudah pun memposisikan tenteranya di tebing barat Jordan. Pada satu saat, Israel akan menyeberangi sungai dan akan merampas Jordan.

* Mohd Azmi Abd Hamid ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Satu Artikel
Akses dimana-mana jua tetapi hanya untuk artikel ini
Harga bermula dari
RM 0.50 - RM 1.00
Bayaran Mikro

Tambah nilai minima RM5 melalui bayaran mikro

Artikel Tanpa Had
Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan Dengan
Log masuk atau daftar akaun untuk membaca artikel ini
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Sedia beri laluan kepada orang muda
  2. [INFOGRAFIK] Kenapa skor CPI Malaysia berterusan merosot?
  3. Isham Jalil tidak perlu jadi jurucakap SPRM
  4. Naib Presiden UMNO: Khaled sah pertahan jawatan, Zambry masih pertimbang
  5. Waspada penggodam Rusia, Iran