Sila log masuk terlebih dahulu.

Aktiviti ali baba menjadi barah dalam masyarakat

24 Julai 2020 07:25am | Masa membaca: 4 minit
Aktiviti ali baba atau memajakkan lesen perniagaan kepada pihak ketiga hanya berlaku dalam perniagaan konvensional melibatkan premis sahaja, namun ia rupanya berlaku juga dalam perniagaan digital. - Gambar hiasan 123rf
Aktiviti ali baba atau memajakkan lesen perniagaan kepada pihak ketiga hanya berlaku dalam perniagaan konvensional melibatkan premis sahaja, namun ia rupanya berlaku juga dalam perniagaan digital. - Gambar hiasan 123rf
A
A
A

Merak Jalanan sangka aktiviti ali baba atau memajakkan lesen perniagaan kepada pihak ketiga hanya berlaku dalam perniagaan konvensional melibatkan premis sahaja, namun ia rupanya berlaku juga dalam perniagaan digital.

Seorang kawan Merak Jalanan yang merupakan penghantar makanan mendakwa, aktiviti ali baba dalam perniagaan digital melibatkan aplikasi e-panggilan dan penghantaran makanan mula bercambah selepas muncul pelbagai jenis syarikat penghantaran dan e-panggilan.

Katanya, terdapat segelintir pihak yang sengaja mendaftar aplikasi berkenaan dengan niat memajaknya kepada orang lain bagi tujuan mengaut keuntungan atas angin tanpa melakukan sebarang kerja.

Bagaimanapun, kawan Merak Jalanan itu memberitahu, aktiviti tersebut berjaya ditangani oleh pengendali aplikasi dengan mewajibkan pemandu atau penghantar mereka membuat pengecaman muka setiap kali hendak mendaftar masuk ke akaun masing-masing.

Biarpun perkara tersebut berjaya mengekang aktiviti ali baba dalam perniagaan digital, namun peraturan tersebut katanya sedikit sebanyak membebankan pemilik akaun kerana melambatkan proses untuk mengambil pesanan pelanggan, terutamanya kepada mereka yang menjadikan pekerjaan tersebut sebagai aktiviti sampingan.

Mendengar cerita perkongsian kawan itu, Merak Jalanan mula berfikir. Apa hendak jadi dengan orang kita? Semua benda mahu dipajakkan kepada orang lain. Lihat sahaja apa yang berlaku hari ini. Berapa banyak pihak berkuasa tempatan di seluruh negara telah membatalkan lesen perniagaan melibatkan aktiviti ali baba? Lebih menyedihkan, aktiviti tersebut melibatkan warga asing dan dalangnya adalah rakyat tempatan yang merupakan pemilik lesen.

Merak Jalanan bimbang kalau ia tidak dihentikan, aktiviti pajak-memajak ini akan menjadi barah yang kemudiannya diwarisi oleh generasi akan datang.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Kabinet baharu berasaskan pertimbangan politik strategik
  2. Jangan takut lapor kes rasuah kepada SPRM Artikel percuma
  3. Wan Junaidi nafi, Ariff belum dapat surat
  4. Kerajaan Perpaduan tiada alasan untuk tangguh lagi
  5. Presiden paling lama memerintah di dunia