Sila log masuk terlebih dahulu.

Britain, China berbalah isu projek nuklear pula

22 Ogos 2020 06:55am | Masa membaca: 4 minit
Gambar janaan komputer menunjukkan loji tenaga nuklear di Hinkley Point, barat daya England yang dijangka siap pada tahun 2025. - Foto AFP
Gambar janaan komputer menunjukkan loji tenaga nuklear di Hinkley Point, barat daya England yang dijangka siap pada tahun 2025. - Foto AFP
A
A
A

Selepas Britain mengharamkan syarikat Huawei daripada terlibat dalam rangkaian teknologi 5 generasi (5G), perhatian kini diberikan kepada penglibatan China dalam projek-projek penting nuklear di negara tersebut.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara kini tegang berikutan Beijing memperkenalkan undang-undang keselamatan yang kontroversi di negara bekas jajahan British iaitu Hong Kong.

Perbalahan itu kemudian berlaku dengan melibatkan syarikat teknologi China iaitu Huawei dan kini ia melibatkan isu nuklear di Britain yang sekali gus meningkatkan lagi ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Antara yang mengetengahkan isu itu ialah bekas ketua parti Konservatif Britain, Iain Duncan Smith yang mahu peranan China dalam pembangunan tenaga di negara tersebut dikaji semula.

"Dasar tenaga kami kini terletak pada tangan China," kata wakil rakyat parti tersebut seperti dilaporkan akhbar The Telegraph.

"Hanya sektor itu yang didominasi oleh China apabila kita yang sepatutnya mengkaji secara strategik," ujarnya.

Tenaga Nuklear Awam China (CGN) kini bekerjasama dengan syarikat tenaga Perancis iaitu EDF dalam sebuah projek tenaga nuklear di Hinkley Point, barat daya England yang dijangka siap pada tahun 2025.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Projek pembangunan stesen tenaga nuklear Wylfa Newydd di Pulau Anglesey, Wales dipelopori oleh syarikat Nuclear Power Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Hitachi. - Foto AFP
Projek pembangunan stesen tenaga nuklear Wylfa Newydd di Pulau Anglesey, Wales dipelopori oleh syarikat Nuclear Power Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Hitachi. - Foto AFP

Kedua-dua syarikat itu juga sedang menunggu kelulusan untuk membina sebuah loji tenaga di Sizewell, pantai Suffolk, timur England.

Dalam kedua-dua kes itu, CGN merupakan rakan mionoriti.

Namun, dalam satu lagi projek, loji nuklear Bradwell di tenggara England, syarikat dari China itu memegang saham majoriti.

CGN pula tidak menunjukkan tanda-tanda sama ada ia merancang untuk menarik diri dalam penglibatan projek nuklear di United Kingdom (UK).

Bagaimanapun, kumpulan tersebut melabur sebanyak £3.8 bilion (RM20.95 bilion) dan sekali gus menyokong ribuan pekerjaaan dalam sektor tersebut.

Seorang profesor dasar tenaga di Universiti Greenwich, London, Steve Thomas berkata, cita-cita nuklear CGN di Britain adalah bagi menunjukkan kemampuan syarikat teknologi China itu kepada dunia.

"Apa yang dimahukan oleh CGN daripada UK adalah prestij dan endorsemen," ujarnya kepada AFP.

Ketika mengetuai pembangunan dalam projek Bradwell, Thomas berkata, sokongan UK itu akan menjadi satu keputusan politik.

Menghalang pembinaan loji itu akan mengancam penglibatan CGN dalam projek di Hinkley atau Sizewell, katanya.

"Ia bergantung kepada betapa marahnya kerajaan China dan sama ada ia mahu menghukum UK," tambah Thomas.

Bagaimanapun, tindakan seumpama itu akan melibatkan kos yang tinggi.

Kos pembinaan Hinkley dianggarkan ialah kira-kira £22.5 bilion (RM124.06 bilion).

Ibu pejabat syarikat teknologi Huawei di United Kingdom terletak di Reading, barat London. - Foto AFP
Ibu pejabat syarikat teknologi Huawei di United Kingdom terletak di Reading, barat London. - Foto AFP

Jika China menarik keluar daripada projek di Hinkley, satu pakej penyelamatan negara mungkin diperlukan bagi menyelamatkan projek tersebut yang merupakan kunci kepada pelan tenaga jangka panjang kerajaan.

Britain mahu mencapai tahap pelepasan karbon yang normal menjelang tahun 2050 dengan menggunakan kuasa nuklear bagi membantu memenuhi keperluan tenaga elektriknya.

Cita-cita itu akhirnya mendapat satu rangsangan daripada Hitachi apabila syarikat perniagaan dari Jepun itu mengumumkan ia bersedia melakukan pembinaan sebuah projek tenaga nuklear di barat laut Wales.

Projek pembangunan stesen tenaga nukelar Wylfa Newydd di Pulau Anglesey, Wales dipelopori oleh syarikat Nuclear Power Ltd. iaitu anak syarikat Hitachi sebelum ini telah ditangguhkan buat sementara waktu pada tahun lalu kerana masalah kewangan.

Ia kini menunggu penerbitan satu strategi tenaga baharu kerajaan yang mungkin melibatkan model kewangan yang lebih menarik termasuk berkongsi kos dengan pengguna melalui pembayaran levi.

Saingannya iaitu Toshiba tidak pula menyemak keputusannya yang telah dibuat pada tahun 2018 untuk menarik diri dalam projek tenaga nuklear di Cumbria, barat laut England.

Ketika ini, nuklear membekalkan kira-kira 20 peratus daripada keperluan elektrik di negara tersebut, satu nisbah yang para menteri berhasrat untuk mengekalkannya.

"Nuklear mempunyai peranan penting dalam menyediakan tenaga rendah karbon sebagai sebahagian daripada tenaga masa depan semasa kita menangani perubahan iklim," kata kerajaan dalam minggu ini.

Bagaimanapun, berikutan tekanan politik ketika ini, masih tidak diketahui sama ada China akan membantu Britain melaksanakan misi itu. - AFP

Artikel Berkaitan
Terkini
  1. Biden terlanjur kata dasar luar Amerika
  2. Pendedahan partisipasi politik belia
  3. Bazir duit dan masa atas jalan
  4. Kura-kura eksotik sampai RM2,000
  5. Padi IS21 tangani ancaman kebuluran