Terma dan Syarat

Terma & Syarat ini mengatur penggunaan platform "Sinar Premium" ("Platform") dan Perkhidmatan (seperti yang dinyatakan selepas ini) yang disediakan oleh Sinar Karangkraf Sdn Bhd (No. Syarikat: 200401012066 (650569-D)) ("Syarikat”).

Platform ini dikendalikan oleh Syarikat untuk memudahkan anda melanggan produk Syarikat ("Perkhidmatan") yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada: Surat khabar Sinar Harian (edisi Cetak), Sinar Harian ePaper, SinarPlus dan Akses Digital Sinar Harian (secara kolektif "Produk").

Dengan menggunakan Platform ini dan melanggan Perkhidmatan yang disediakan, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju sepenuhnya untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Sila baca dengan teliti Terma & Syarat ini sebelum melanggan Perkhidmatan dan menggunakan Platform kerana ia mengandungi syarat dan kewajipan undang-undang yang mengikat.

BAYARAN

Fi langganan perlu dibayar terlebih dahulu. Dengan melanggan Perkhidmatan, anda membenarkan Syarikat mengenakan pembayaran kepada anda secara berulang (recurring payment). Sebagai tambahan kepada fi langganan setiap Produk, anda juga bertanggungjawab untuk membayar sebarang cukai dan/atau pungutan hasil yang mungkin dikenakan oleh agensi/pihak berkuasa. Bagi mengelak keraguan, bayaran fi langganan di sini adalah termasuk cukai perkhidmatan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Tanpa mengurangkan mana-mana hak kami, anda bersetuju bahawa kami berhak menghentikan sebarang aspek langganan yang mungkin anda gunakan jika anda gagal membayar sebarang jumlah fi langganan yang terhutang atau jika anda melanggar Terma & Syarat ini. Satu sijil yang ditandatangani oleh pegawai Syarikat adalah bukti muktamad mengenai jumlah fi yang terhutang di bawah langganan atau berkenaan dengan Platform (kecuali kesilapan dapat dibuktikan). Sekiranya kami menanggung perbelanjaan untuk mendapatkan kembali jumlah keberhutangan anda kepada kami, anda selanjutnya bersetuju bahawa kami dapat mendapatkan kembali fi guaman atas skala peguam dan anak guam, yuran berserta kos dan apa-apa kerugian berkenaan denggannya.

AKSES KATA LALUAN DAN AKAUN

Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat akaun anda adalah terkini dan tepat.

Sebagai pemegang akaun Sinar Premium, anda akan mempunyai akses dan kawalan ke atas akaun anda. Akaun anda mengandungi beberapa maklumat sensitif seperti maklumat langganan, kaedah pembayaran dan maklumat pembayaran. Untuk memastikan maklumat dan privasi anda terjaga, sila jangan berikan kata laluan anda atau maklumat pembayaran anda kepada sesiapa pun.

Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sesiapa yang meminta maklumat kad kredit atau maklumat lain dalam akaun anda. Anda dinasihatkan untuk mengakses maklumat akaun anda dengan pergi terus ke http://www.sinarharian.com.my/product-page dan bukan melalui pautan hiperlink dalam e-mel atau komunikasi elektronik tertentu.

DATA PERIBADI & NOTIS PRIVASI

Dengan melayari Platform, mendaftar ke akaun Sinar Premium, anda dengan ini membenarkan Syarikat dan/atau anak syarikat dan/atau syarikat bersekutu (secara kolektif, "Kumpulan Karangkraf") untuk mengumpul dan memproses Data Peribadi anda (seperti yang yang diperuntukkan di Bahagian 4 Perlindungan Data Peribadi Malaysia Akta 2010). Pelanggan boleh memadamkan data peribadi dengan menghubungi kami di support.sinar@sinarharian.com.my. Data anda akan dipadamkan serta merta.

Klik di sini untuk melihat Dasar Privasi Kumpulan Karangkraf sepenuhnya.

PENAFIAN DAN BATASAN TANGGUNGJAWAB

Perkhidmatan diberikan kepada anda secara "sebagaimana adanya" dan tanpa jaminan atau syarat.

Anda bersetuju bahawa penggunaan Platform and langganan Perkhidmatan oleh anda adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Sejauh mana yang diizinkan oleh undang-undang, Syarikat dan pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham, wakil dan/atau ejen Syarikat menolak semua jaminan, tersurat atau tersirat, yang berkaitan dengan penggunaan Platform dan Perkhidmatan. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, membela dan melepaskan Syarikat, pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham, wakilnya dan/atau ejen dari sebarang tuntutan, termasuk fi guaman, yuran dan kos yang dibuat oleh dan bagi pihak ketiga sehubungan dengan atau timbul daripada penggunaan Perkhidmatan atau timbul daripada pelanggaran Terma & Syarat di sini oleh anda.

UNDANG-UNDANG & BIDANGKUASA

Terma & Syarat ini adalah ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan segala perselisihan yang berkaitan dengannya adalah tertakluk kepada bidangkuasa Mahkamah di Malaysia.

LANGGANAN SINAR PREMIUM & E-PAPER

1. Langganan

Anda tidak boleh memindahkan langganan anda kepada pihak ketiga.

2. Ketersediaan dan kesambungan

Anda memerlukan akses internet untuk mengakses Sinar Premium. Peranti anda harus disambungkan kepada internet untuk membolehkan anda melayari Sinar Premium. Sekiranya anda membaca Sinar Premium dari aplikasi mudah alih, anda memerlukan sambungan internet untuk memuat turun isu Sinar Premium dan untuk menggunakan fungsi perkongsian artikel yang diaktifkan oleh aplikasi mudah alih.

Kami berhak secara mutlak untuk:

a) meluluskan atau menolak permintaan langganan anda;

b) menaik taraf atau menukar mana-mana ciri Sinar Premium;

c) menarik balik mana-mana bahagian/tajuk/halaman dari ePaper Sinar Premium tanpa sebarang makluman terlebih dahulu;

d) menukar harga kami dan/atau menarik balik pakej langganan pada bila-bila masa, tanpa perlu memaklumkan kepada anda terlebih dahulu

3. Pembayaran dan Pemprosesan

a) Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang caj melayari internet dan semua perbelanjaan yang ditanggung oleh anda untuk penggunaan Sinar Premium & ePaper;

b) Pembayaran untuk Sinar Premium & ePaper boleh dibuat melalui bayaran dalam talian sahaja.

c) Bukti pembayaran bukan bukti penerimaan dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya wang anda hilang dalam transit.

d) Anda boleh mula mengakses Sinar Premium setelah akaun Sinar Premium anda berjaya didaftarkan.

e) Setelah berjaya memproses langganan anda, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel yang juga akan menyatakan tempoh langganan anda (iaitu tarikh mula dan tarikh luput) ("Pemberitahuan Langganan"). Untuk maklumat terperinci mengenai pakej langganan, sila hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 0351017593 (Sinar Harian) atau Whatsapp kami di 0196680274

4. Pembaharuan dan naik taraf

Anda boleh memperbaharui langganan anda setelah langganan sedia ada anda telah tamat tempoh. Anda juga boleh menaik atau menurunkan langganan anda, tetapi bayaran balik bagi penurunan langanan tidak akan diberikan semula.

5. Tanggungjawab

a) Melainkan diizinkan di sini, anda tidak dibenarkan dan tidak boleh membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mengedarkan dan/atau menjual semula salinan Sinar Premium ePaper, membuat percubaan untuk menyalin, membuat tangkapan skrin, mencetak skrin, menghasilkan semula, mengubah, meminda, memindahkan, menukar atau menterjemahkan aplikasi atau kandungannya, dan/atau membuat karya terbitan aplikasi tersebut dalam bentuk apa jua pun. Sekiranya anda membaca Sinar Premium ePaper dari aplikasi mudah alih, anda berhak mendapat sepuluh (10) kali tangkapan skrin terhad ("Tangkapan Skrin Terhad") untuk tujuan rujukan peribadi dan/atau untuk membuat nota. Setelah menggunakan keseluruhan Tangkapan Skrin Terhad, anda akan di log keluar dari aplikasi mudah alih secara automatik selama sepuluh (10) minit. Setelah sepuluh (10) minit berakhir anda boleh log masuk semula ke aplikasi mudah alih untuk mengakses Sinar Premium ePaper.

b) Kami berhak untuk menyekat, mengenakan batasan, menghentikan atau mengubah sebarang aspek Sinar Premium, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan dan rancangan langganan dari semasa ke semasa.

c) Kami berhak untuk menghentikan dengan segera akses anda ke Sinar Premium ePaper sekiranya anda melanggar mana-mana Terma & Syarat ini.

d) Kami mempunyai hak mutlak untuk mengubah Terma & Syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa tanpa sebarang makluman terlebih dahulu.

e) Anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali atas kegagalan melaksanakan sebarang kewajiban kami di sini untuk menyediakan langganan Sinar Premium ePaper sekiranya kegagalan tersebut disebabkan oleh keadaan di luar kawalan kami dan bahawa kami juga tidak akan akan bertanggungjawab atas kerugian yang dialami oleh anda secara langsung atau secara tidak langsung, berkaitan dengan langganan anda.

f) Sekiranya anda menggunakan PressReader untuk Sinar Premium, penggunaan Sinar Premium oleh anda juga adalah tertakluk kepada Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi Perkhidmatan PressReader. Sekiranya terdapat percanggahan antara Dasar Syarat Penggunaan dan/atau Dasar Privasi Perkhidmatan PressReader dengan Terma & Syarat yang terkandung di sini, Terma & Syarat kami akan terpakai. Untuk mengetahui Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi Perkhidmatan PressReader, sila klik di sini.

6. Penggunaan dan Pendedahan Maklumat yang Dikenal Pasti dan Maklumat Tanpa Nama

Dengan menyetujui syarat dan terma yang terkandung di sini, anda dengan ini membenarkan Syarikat mengumpulkan dan memproses Data Peribadi anda (seperti yang ditentukan oleh Seksyen 4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010). Anda juga bersetuju untuk membenarkan Syarikat untuk berkongsi nama dan alamat anda dengan penjual/pengedar yang dilantik oleh Syarikat untuk tujuan menyampaikan surat khabar Sinar Harian (edisi Cetak) kepada anda.

Anda juga dengan ini bersetuju untuk menerima maklumat terkini mengenai produk, berita dan acara terkini, ganjaran, promosi, keistimewaan khas dan inisiatif Syarikat, rakan kongsi dan pengiklannya.

Sila rujuk dasar privasi https://www.karangkraf.com/polisi-data-peribadi/ untuk melihat syarat-syarat mengenai penggunaan maklumat anda.

Sekiranya anda tidak mahu menerima perkara di atas, sila hubungi 0351017593 (Sinar Harian) atau Whatspp di 0196680274 atau e-mel ke support.sinar@sinarharian.com.my

7. Bayaran pembatalan dan bayaran balik

Fi langganan yang dibayar adalah untuk tempoh penuh langganan anda. Tiada bayaran balik jika anda membatalkan langganan anda.

Untuk pembaharuan secara automatik, tiada bayaran balik atau pembatalan selepas kad telah dicaj.

Untuk menyahaktifkan pembaharuan secara automatik, sila pergi ke akaun Sinar Premium anda dan menyahaktifkan pembaharuan secara automatik. Langganan anda tidak akan diperbaharui secara automatik selepas tempoh langganan semasa tamat.

Syarat yang mengawal penggunaan Sinar Premium ePaper seperti yang dinyatakan di dalam Terma & Syarat Syarikat masing-masing akan terpakai.