Sesi ngeteh bersama Allahyarham Tun Ghazali Shafie(berkopiah putih) di Rumah Rehat Kuala Lipis pada 1974. Saya mengadap kamera. Ghazali, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Kuala Lipis. Di bawa masuk sebagai anggota Jemaah Menteri untuk memantapkan Kabinet Perdana Menteri, Tun Razak selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.