KEPUTUSAN UMNO melakukan gencatan politik untuk memberi tumpuan terhadap agenda membantu rakyat dan negara yang berdepan pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi menunjukkan kepentingan rakyat lebih utama daripada politik. Malah, keputusan... Klik di sini untuk terus membaca

KEPUTUSAN UMNO melakukan gencatan politik untuk memberi tumpuan terhadap agenda membantu rakyat dan negara yang berdepan pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi menunjukkan kepentingan rakyat lebih utama daripada politik.

Malah, keputusan itu mempamerkan jiwa besar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menstabilkan semula politik negara yang bergolak sehingga menimbulkan rasa runsing di hati rakyat.

Ini kerana semua tahu bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang mempunyai majoriti yang tipis di Dewan Rakyat, sementara UMNO mempunyai bilangan ahli Parlimen yang lebih ramai dalam gabungan yang berusia lapan bulan itu.

Sekiranya UMNO menarik sokongan kepada PN, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tumbang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendakwa memiliki sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Kemelut politik itu diburukkan lagi dengan penularan Covid-19 sehingga menimbulkan rasa cemas rakyat kerana jumlah keseluruhan kes semakin meningkat kepada 22,957 sejak pandemik itu bermula Mac lalu.

Kerajaan juga perlu mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu yang menjadi punca kepada gelombang ketiga penyebaran Covid-19 di negara ini.

Apa yang berlaku di Sabah perlu diteliti dan diambil pengajaran sekiranya politik negara masih tidak stabil sehingga menyebabkan Parlimen terpaksa dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan.

Jalan terbaik ialah menyokong rekonsiliasi nasional demi kepentingan rakyat yang sekarang ini bukan sahaja berdepan dengan Covid-19, malah tertekan dengan keadaan ekonomi sehingga menyebabkan ramai yang kehilangan kerja dan pendapatan.

Sehubungan itu, semua ahli-ahli politik perlu ambil jalan yang sama seperti UMNO dengan melakukan gencatan politik dan bangkit meninggalkan politik kepartian yang sempit untuk membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan.

Klik di sini untuk terus membaca