KELMARIN ramai rakyat Malaysia panik apabila angka Covid-19 mencecah angka 1,228 kes baharu iaitu angka tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan pandemik itu di negara ini. Kecoh di media sosial. Sudah tentu kerajaan yang menjadi sasaran... Klik di sini untuk terus membaca

KELMARIN ramai rakyat Malaysia panik apabila angka Covid-19 mencecah angka 1,228 kes baharu iaitu angka tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan pandemik itu di negara ini.

Kecoh di media sosial. Sudah tentu kerajaan yang menjadi sasaran kemarahan kerana dianggap gagal mengekang Covid-19 daripada terus merebak.

Sebelum ini kerajaan pernah mengumumkan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes dalam negara mencecah tiga angka.

Kalau PKP dilaksanakan, kita kena duduk rumah tak boleh pergi mana-mana. Susah nak buat kerja. Peniaga pun tak boleh nak berniaga. Pusat beli-belah pun dah sunyi sepi macam dilanggar garuda, tak ada pengunjung.

Merak Jalanan rasa tiga empat minggu lagi mungkin ramai peniaga yang gulung tikar. Memang susah nak cari makan dalam keadaan sekarang ini. Rakyat Malaysia jangan alpa. Sebagai rakyat, kita ada tanggungjawab untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini. Pastikan kita sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19 dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Amalkan gaya hidup yang sihat. Gunakan pelitup muka yang betul dan elakkan 3S. Apa itu 3S? 3S ialah sesak, sempit dan sembang pada jarak dekat.

Merak Jalanan mahu kongsi satu berita baik. Jeng, jeng, jeng... bermula hari ini anda semua boleh membeli pelitup muka istimewa dihasilkan oleh Karangkraf Medicare yang boleh dibeli secara online di karangkrafmall.com.

Bukan sahaja ada enam pilihan rekabentuk yang menarik, pembeli turut dihadiahkan hygiene case untuk menyimpan pelitup muka dengan betul dan terjamin kebersihannya, sekaligus mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.

Tak perlu marah kerajaan, tak perlu salahkan orang lain. Beli pelitup muka ini untuk kegunaan diri sendiri dan keluarga. Kita jaga diri kita dan keluarga terlebih dahulu. Insya-ALLAH, pandemik Covid-19 akan berjaya kita atasi.

Klik di sini untuk terus membaca