MALAYSIA boleh dikatakan agak malang. Banyak negara bimbang kerana ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) tetapi Malaysia lebih teruk daripada itu. Sepanjang tahun 2020 ketika Covid-19 menular, Malaysia tidak terkecuali. Ramai hilang... Klik di sini untuk terus membaca

MALAYSIA boleh dikatakan agak malang. Banyak negara bimbang kerana ancaman pandemik koronavirus (Covid-19) tetapi Malaysia lebih teruk daripada itu.

Sepanjang tahun 2020 ketika Covid-19 menular, Malaysia tidak terkecuali. Ramai hilang kerja, manakala ekonomi terus merudum.

Keadaan belum menampakkan akan pulih dalam masa terdekat, pemimpin-pemimpin politik negara kita pula rancak berpolitik.

Apalah malangnya rakyat Malaysia mendapat pemimpin-pemimpin politik yang hanya tahu rebut kuasa. Mereka tidak ambil berat untuk perangi Covid-19, apatah lagi mahu bantu rakyat.

Ketika semakin ramai rakyat menganggur, ada juga pemimpin yang berangan-angan mahu jadi Timbalan Perdana Menteri. Ada juga segelintir pemimpin politik itu tidak sabar-sabar mahu diadakan pilihan raya umum dengan segera.

Apa yang berlaku itu memang benar dan bukan direka-reka. Sebagai akhbar, Sinar Harian tentunya tidak mahu terlepas melaporkan kelalaian pemimpin-pemimpin politik itu untuk pengetahuan pembaca.

Bagaimanapun, apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, Sinar Harian pula dituduh sebagai akhbar yang suka melaga-lagakan antara pemimpin parti politik

Akhbar adalah medan untuk politikus berhujah dan memberikan ruang kepada semua pihak menyatakan pendirian masing-masing secara terbuka.

Di sinilah pembaca berfikir dan menilai dengan bijaksana. Setiap orang ada pendapat tersendiri.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, memberikan semua orang bersuara dengan syarat tidak melanggar undang-undang.

Orang-orang politik sebenarnya yang menghuru-harakan suasana politik. Oleh itu, buat netizen di luar sana, janganlah menyalahkan akhbar dan menuduh sebagai batu api. Berfikiran secara matang dan jangan menghasut.

Klik di sini untuk terus membaca