BUAT pertama kali dalam sejarah di Malaysia apabila seramai lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) didenda kerana gagal melaporkan kesalahan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mengikut... Klik di sini untuk terus membaca

BUAT pertama kali dalam sejarah di Malaysia apabila seramai lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) didenda kerana gagal melaporkan kesalahan rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didapati telah ditawarkan suapan berjumlah RM200 hingga RM600 daripada orang tengah bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan baharu akaun Kementerian Kewangan untuk beberapa syarikat melalui sistem e-Perolehan.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 32 hingga 39 tahun bergred W19 dan W29 itu didapati bersalah di bawah Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) akta sama.

Ini merupakan satu pengajaran penting bagi semua pihak supaya memandang bahawa perbuatan memberi dan menerima rasuah adalah satu jenayah yang tidak boleh dipandang ringan.

Kemudaratan yang berlaku disebabkan oleh jenayah rasuah ini jauh lebih besar jika tidak dibendung.

Rasuah boleh menyebabkan sebuah bangunan yang dibina pada kos yang lebih murah dan berkualiti rendah kerana pemaju terpaksa membayar jumlah yang besar untuk rasuah.

Bayangkan bangunan yang tidak berkualiti itu runtuh pada masa depan dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Darah yang mengalir daripada mangsa itu adalah hasil perbuatan pihak yang memberi dan menerima rasuah.

Lebih mengecewakan, ada pihak yang mengetahui tentang perbuatan itu bertindak mendiamkan diri.

Bagaimanapun, kita juga faham ada pihak yang terpaksa mendiamkan kes-kes rasuah dan penyelewengan ini kerana bimbang dengan masa depan mereka terutama di peringkat pekerja bawahan.

Amat wajar sekiranya pihak yang terlibat untuk memastikan bahawa pelindungan terhadap saksi bagi kes-kes rasuah dapat dijaga dengan baik.

Jika perlindungan ini dapat memberikan jaminan keselamatan dan masa depan saksi maka kita amat yakin ramai yang akan tampil ke hadapan untuk melaporkan rasuah.

Klik di sini untuk terus membaca