SELEPAS pembongkaran kartel daging haram oleh team Sinar Harian pada penghujung tahun 2020, menjejak tahun 2021 kita dikejutkan pula dengan pendedahan sindiket scam poligami. Lebih mengejutkan, sindiket itu didalangi ‘orang dalam’ di... Klik di sini untuk terus membaca

SELEPAS pembongkaran kartel daging haram oleh team Sinar Harian pada penghujung tahun 2020, menjejak tahun 2021 kita dikejutkan pula dengan pendedahan sindiket scam poligami.

Lebih mengejutkan, sindiket itu didalangi ‘orang dalam’ di institusi kehakiman syariah membabitkan penipuan maklumat dalam dokumen permohonan poligami.

Berdasarkan pendedahan Sinar Harian, pihak yang terlibat dalam scam poligami berkenaan licik menyalahgunakan kuasa dan prosedur permohonan sehingga mampu memperdayakan pihak mahkamah.

Malah, kegiatan pemalsuan maklumat dalam dokumen permohonan poligami itu pula dijadikan satu perniagaan oleh pihak-pihak tertentu.

Kegiatan itu sekiranya tidak dibanteras, dikhuatiri boleh menjejaskan institusi kehakiman syariah di Malaysia dan mengancam institusi keluarga terutama hak isteri dan kebajikan anak.

Berdasarkan Undang-Undang Keluarga Islam, mana-mana pihak yang telah berpoligami tanpa mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di Mahkamah Syariah.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut mengakui bahawa pihaknya menerima aduan berkaitan scam poligami tiga minggu lalu dan telah menjalankan siasatan dalaman.

Justeru, beliau mahu semua pihak bekerjasama menghapuskan kegiatan scam poligami melibatkan pihak suami, peguam syarie dan ‘orang dalam’ institusi kehakiman syariah.

Tindakan tegas perlu diambil kerana perbuatan ini melibatkan pentadbiran kakitangan agensi kerajaan yang bersekongkol dengan ejen-ejen yang mencari keuntungan dengan menipu mahkamah.

Siasatan perlu segera dilakukan kerana selain melibatkan integriti kakitangan, isu ini juga telah mencemarkan nama baik Mahkamah Syariah.

Jika terdapat sebarang aduan penipuan melibatkan kakitangan mahkamah termasuk peguam syarie, maka tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Klik di sini untuk terus membaca