SHAH ALAM- UMNO perlu menerima realiti bahawa kerusi mereka yang ‘hilang’ ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu sukar untuk ditebus semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika tidak bekerjasama dengan parti lain.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Jayum Jawan berpandangan, UMNO patut menumpukan kepada strategi partinya bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi termasuk ahli akar umbi jangan bersikap sentimental atau dipengaruhi perasaan dengan mendesak supaya parti mengekalkan semua kerusi yang ditandingi pada PRU14.
"Akar umbi UMNO bersikap sentimental sedangkan realitinya UMNO sudah kalah di banyak tempat (pada PRU14) dan sukar untuk parti tersebut mendapatkan semula kerusi yang sudah hilang.
"Strategi patut kepada mempertahankan apa yang ada daripada terlalu ambitious (bercita-cita) dan hilang semuanya nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Mengulas lanjut, Jayum berkata, situasi politik negara kini sudah berubah malah pola sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO juga tidak sama berbanding pada era kegemilangan parti itu.
"Melayu sudah berubah dan UMNO (juga) kena berubah jika mahu terus relevan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau mengulas suara akar umbi pada mesyuarat UMNO bahagian di seluruh negara yang mahu UMNO mengekalkan kerusi ditandingi pada PRU14 termasuk menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk pada Ahad mengatakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan semua calon parti itu dan BN yang bertanding pada PRU15 akan menggunakan lambang BN.
Klik di sini untuk terus membaca