SESI persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan di beberapa negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Kementerian Pendidikan, hanya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran... Klik di sini untuk terus membaca

SESI persekolahan 2021 yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan di beberapa negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Kementerian Pendidikan, hanya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Kumpulan pelajar lain di negeri PKP akan mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tahun 2021 sekali lagi dijangka menjadi tahun persekolahan yang sukar. Situasi Covid-19 yang mencatatkan peningkatan kes saban hari mungkin akan menyebabkan sesi persekolahan tertangguh dalam tempoh yang lebih lama.

PdPR pula belum menunjukkan kejayaan. Ramai pelajar tercicir. Itu belum lagi mengambil kira kekangan yang begitu banyak di rumah seperti tiada kemudahan peranti dan internet.Bagaimanapun, merungut sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. PdPR kini boleh dianggap sebagai sebahagian tanggungjawab keibubapaan.

Jika sebelum ini ada ibu bapa menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anak kepada pihak sekolah tetapi kini mereka berperanan penting dalam memastikan anak mereka kekal belajar di rumah.Ibu bapa harus memantau agar masa anak-anak tidak terbuang dengan hiburan di depan televisyen atau skrin komputer gara-gara permai-nan video dan menonton YouTube.

Ibu bapa hendaklah kerap bertanya guru tentang latihan dan tugasan, selain mengawasi anak-anak supaya fokus semasa belajar.

Pastikan juga anak-anak menonton rancangan pembelajaran seperti TV Pendidikan selain memuat turun kandungan digital seperti buku teks.Malangnya, bukan semua ibu bapa mempunyai kemahiran PdPR apatah lagi jika mereka sibuk bekerja. PdPR akan gagal andai ibu bapa malas dan tiada pengetahuan mengenainya.

Maka, sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan ekosistem PdPR secara menyeluruh di negara ini termasuk menyediakan kemahiran PdPR kepada ibu bapa seperti mengadakan kursus percuma. Kejayaan PdPR nampaknya banyak bergantung kepada gandingan guru dan ibu bapa. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Klik di sini untuk terus membaca