BARU-BARU ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan calon bukan bumiputera dan orang asli tidak perlu mendapat kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memohon jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pelonggaran syarat bagi pengambilan khas itu dibuka mulai 18 hingga 31 Mac bertujuan untuk membolehkan lebih ramai calon bukan bumiputera menyertai PDRM.
Bagaimanapun individu terbabit masih perlu mengambil semula matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM dalam tempoh enam tahun jika dilantik ke jawatan tersebut.
Perkara tersebut nampaknya tidak diterima baik oleh pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan menganggap bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan.
Malah ada pihak menganggap ia sebagai satu pengkhianatan terhadap agenda untuk memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi di negara ini.
Namun, apa yang dilakukan oleh PDRM itu sebenarnya bukanlah yang pertama sebaliknya ia pernah dilakukan sebelum ini, dan harus juga diingatkan bahawa ia hanya melibatkan pengambilan khas.
Bukanlah bererti semua pengambilan polis berpangkat konstabel itu menggunakan syarat yang sama.
Seperti yang kita tahu jumlah anggota polis dalam kalangan bukan bumiputera dan orang asli begitu rendah.
Ini kerana rata-rata dalam kalangan mereka tidak memenuhi syarat yang ditetapkan sehingga PDRM terpaksa melonggarkan syarat bagi membolehkan mereka yang berminat menyertai pasukan tersebut.
Sebenarnya, tugas untuk menjaga negara ini bukan semata-mata terletak di atas bahu satu kaum sahaja tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.
Bayangkan banyak tugas yang melibatkan pihak polis dapat dimudahkan dengan adanya anggota dalam kalangan bukan bumiputera dan orang asli.
Sudah pasti mereka yang ingin memohon untuk menyertai PDRM adalah terdiri dalam kalangan rakyat yang cintakan negara.
Klik di sini untuk terus membaca