KEGEMILANGAN Kesultanan Melayu Melaka tidak boleh disangkal lagi kerana kehebatannya dalam perdagangan dan pelabuhan. Selat Melaka yang menghubungkan Timur dan Barat turut menyebabkan ia dikenali sebagai antara Laluan Sutera Maritim.... Klik di sini untuk terus membaca

KEGEMILANGAN Kesultanan Melayu Melaka tidak boleh disangkal lagi kerana kehebatannya dalam perdagangan dan pelabuhan.

Selat Melaka yang menghubungkan Timur dan Barat turut menyebabkan ia dikenali sebagai antara Laluan Sutera Maritim.

Selepas beratus tahun, kedudukan strategik Malaysia itu telah memberi banyak kelebihan kepada negara untuk menjadi hub dan titik tumpu perdagangan dunia.

Bagaimanapun, kedudukan strategik tersebut juga nampaknya telah dieksploitasi untuk perdagangan gelap.

Pada Selasa, Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan rangkaian kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine dengan nilai RM5.2 bilion.

Percaya atau tidak, dalam musim pandemik Covid-19 ini, ia merupakan rampasan dadah terbesar dalam sejarah Malaysia.

Namun menariknya rampasan 94.8 juta biji pil dalam kontena dari Asia Barat itu dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

Dalam erti kata lain, rangkaian kartel dadah itu dilihat menjadikan Malaysia sebagai pusat transit.

Sebenarnya dalam banyak rampasan lain yang mencecah ratusan ribu ringgit terutamanya di Selangor, Johor dan Pulau Pinang, modus operandi kartel antarabangsa itu sama.

Malaysia dijadikan pusat transit dadah yang dibawa melalui pintu-pintu masuk perdagangan dan pelabuhan utama negara.

Dalam satu kes terbesar lain pada tahun 2019, pihak berkuasa Malaysia merampas 12 tan dadah jenis kokain bernilai RM2.4 bilion.

Sama seperti rampasan pada Selasa lalu, kokain tersebut juga singgah di Pulau Pinang dari sebuah negara Latin Amerika sebelum dihantar ke beberapa negara lain di Asia.

Yang pasti, pihak PDRM dan JKDM tidak boleh mudah ‘berpuas hati’ dengan kejayaan rampasan terbesar pada 15 Mac lalu.

Selain terus memerangi rangkaian kartel antarabangsa, pihak berkuasa Malaysia perlu mencari jawapan mengapa negara ini sering dijadikan pusat transit untuk dadah.

Klik di sini untuk terus membaca