Rentas negeri
* Menziarahi ahli keluarga terutama ibu bapa di kampung selepas sekian lama tidak bertemu secara bersemuka. Perasaan rindu yang mendalam dibimbangi menyebabkan risiko kemurungan.
Bekerja di pejabat
* Produktiviti dan komitmen pekerja akan lebih menyerlah ketika bekerja di pejabat. Bekerja dari rumah memberi tekanan untuk mengimbangi keperluan kerja dan keluarga.
Kebenaran berniaga semua sektor
* Peniaga dapat memulakan kelangsungan perniagaan dan mengelak pembuangan pekerja sekiranya premis tidak dibenarkan operasi dalam tempoh lama dan bakal berdepan bebanan kewangan serius.
Aktiviti sosial dan riadah di luar rumah
* Kegiatan seperti memancing, bersenam di gimnasium, taman permainan kanak-kanak, konvoi bermotor, melancong dalam negara dan sukan tanpa sentuhan bagi meningkatkan kualiti hidup sihat rakyat.
Kebenaran ke rumah ibadat
* Tidak terhad ketika waktu solat sahaja tetapi rakyat juga mahu menjalankan aktiviti keagamaan lain di rumah ibadat secara bersemuka dengan pematuhan SOP seperti tahlil.
Melancong dalam negara
* Pengusaha industri akan kembali meraih pendapatan apabila orang ramai membantu merancakkan sektor ekonomi ini yang turut memberi kesan kepada peniaga kecil dan sederhana serta penduduk setempat.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat harap dapat kembali ‘bebas’
Klik di sini untuk terus membaca