[INFOGRAFIK] Dizalimi dan dibunuh tanpa henti oleh rejim Israel sejak 1947 sedikit pun tidak pernah menggentarkan hati pejuang di bumi suci Palestin.
Sebaliknya, mereka bangkit memberikan tentangan dengan kekuatan ketenteraan yang setara melalui perjuangan sayap kanan Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Tentera elit yang ditubuhkan pada Disember 1987 itu semakin hari dilihat semakin kuat dan menggusarkan rejim Israel.
Bermula dengan bersenjatakan raifal dan senjata ringan, pasukan tentera berkenaan kini dilengkapi dengan pelbagai senjata berat yang memusnahkan.
Antaranya ialah pelancar roket anti kereta kebal buatan Rusia dan Soviet Union serta roket pemusnah buatan Syria dan Iran.
Menariknya, Briged Al-Qassam tidak hanya bergantung kepada senjata buatan negara luar semata-mata, malah turut menghasilkan senjata pemusnah sendiri iaitu roket Qassam.
Roket tersebut dibangunkan oleh anggota Briged Al-Qassam di rumah dan markas tersembunyi sekitar Gaza.
Roket Qassam mula dilancarkan ke Israel pada September 2001 ketika Intifada Kedua meledak ke seluruh Palestin.
Roket yang dibina oleh Briged Al-Qassam itu kebanyakannya disasarkan ke Selatan Israel melibatkan bandar Kibbutz Saad dan Sderot.
Dianggarkan, ribuan roket Qassam telah dihasilkan oleh tentera berkenaan bagi menggasak rejim Israel, sekali gus mempertahankan Palestin.
Pakar roket rejim Israel, Uzi Rubin baru-baru ini memberitahu Jerusalem Post, roket terbaik Hamas itu dibuat secara ringkas dan tidak mahal.
Bagaimanapun, katanya, roket Qassam itu telah menyebabkan rejim Israel mengalami kerugian ratusan ribu dollar AS setiap kali Iron Dome digunakan untuk mematahkan serangan kerana kos roket buatan Briged Al-Qassan itu jauh lebih murah berbanding sebutir penangkis roket milik rejim berkenaan.
Walaupun rejim Israel mendakwa bedilan roket tersebut kurang tepat dan tidak memberi kesan kemusnahan atau kematian yang besar, namun mereka tetap terkesan dengan serangan Qassam.
Memetik laporan The Wall Street of Journal yang disiarkan pada 2018, Qassam dibangunkan bukan untuk membunuh orang awam, sebaliknya digunakan untuk menakutkan dan memberi amaran kepada rejim Israel, sekali gus menyeret mereka ke arah peperangan berskala besar.
Laporan media tersebut tersebut turut dipersetujui oleh seorang pensyarah pensyarah program keselamatan Univerriti Tel Aviv, Reuven Pedatzur.
Katanya, roket Qassam bersaiz kecil yang jatuh dari langit tanpa sebarang amaran itu mampu mencipta ketakutan kepada penduduk rejim Israel.
"Kita Kembali semula ke Zaman Batu tapi kali ini Zaman Qassam iaitu zaman yang menakutkan,” katanya.
Malah, seorang ketua program pengajian strategi di salah sebuah university Israel, Efraim Inbar berkata, Qassam mampu mencetuskan masalah besar sekiranya roket tersebut ditembak ke penempatan rejim Israel.
Sementara itu, tentera rejim Israel (IDF) turut melaungkan amaran kepada penduduknya dengan memasukkan Qassam sebagai salah satu roket milik tentera elit Hamas yang mengancam keselamatan mereka.
Selain itu, roket buatan Syria iaitu Khaibar-1 (M-302), Fajr-5 (M-75) buatan Hamas hasil rekaan Iran dan Grad buatan pelbagai negara turut berada dalam senarai roket yang mengancam keselmatan rejim berkenaan.
Qassam bukanlah roket sofistikated yang dihasilkan dengan teknologi terkini.
Namun, penggunaannya berjaya mencetuskan kegerunan rejim Israel setiap kali ia melintasi ruang udara rejim berkenaan.
Dianggarkan, lebih 3,000 roket Qassam telah ditembak ke arah rejim Israel sejak 2001.
Setakat ini, sebanyak empat model roket Qassam telah dibangunkan oleh sayap ketenteraan Hamas itu.
Qassam 4 merupakan model terbaharu yang ditambah baik dari segi teknologi, ketepatan dan kadar kemusnahan.
Klik di sini untuk terus membaca