[INFOGRAFIK] Covid-19 merupakan pandemik yang tersebar meluas di serata dunia sehingga meragut jutaan nyawa dalam tempoh setahun. Dianggarkan, seramai 4.2 juta maut akibat pandemik berkenaan manakala jumlah jangkitan yang dicatatkan pula... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Covid-19 merupakan pandemik yang tersebar meluas di serata dunia sehingga meragut jutaan nyawa dalam tempoh setahun.

Dianggarkan, seramai 4.2 juta maut akibat pandemik berkenaan manakala jumlah jangkitan yang dicatatkan pula ialah 194 juta kes setakat ini.

Bagaimanapun, Covid-19 bukanlah satu-satunya pandemik yang meragut nyawa ramai umat manusia.

Sebaliknya, terdapat beberapa lagi pandemik maut lain yang telah meragut ramai nyawa sejak sebelum zaman gelap lagi.

Antara pandemik-pandemik berkenaan ialah Spanish Flu, Black Death, Plaque of Justinian, HIV/AIDS, Antonine Plaque dan Third Plaque Pandemic.

Sejarah pandemik maut dikenal pasti bermula sejak 1856 tahun yang lalu apabila pandemik Antonine menular di Empayar Rom pada tahun 165.

Pandemik yang melenyapkan sehingga 33 peratus populasi penduduk di empayar tersebut berlanjutan sehingga tahun 180.

Sejak itu, pandemik maut terus menghantui penduduk dunia kerana ia melibatkan kehilangan nyawa dalam jumlah yang besar.

Setiap pandemik maut yang dinyatakan itu muncul di dalam abad yang berbeza dan mengambil masa yang lama sebelum berakhir.

Ada di antaranya berulang seperti wabak bubonic yang dikesan berlaku pada tahun 541 di Eropah dan Asia Barat, 1346 (Eropah, Asia dan Afrika Utara), 1629 (Italy), 1772 (Persia) dan 1855 (seluruh dunia).

Namun, dalam banyak-banyak pandemik maut itu, Black Death adalah yang paling banyak meragut nyawa manusia.

Jumlah mangsa yang terkorban akibat penyakit tersebut lebih ramai daripada jumlah kematian akibat Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Vietnam, Perang Korea dan Perang Iraq-Iran.

Sarjana terkemuka Arab, Ibu Khaldun yang menyaksikan pandemik maut menyerang dunia sempat membuat catatan berbunyi, "Tamadun Asian dan Barat telah didatangi wabak yang membinasakan sehingga menghuru-harakan bangsa dan menyebabkan populasi lenyap...seluruh dunia yang didiami kini berubah.”

Sama seperti Covid-19 yang melanda dunia hari ini, pandemik maut yang muncul lebih awal itu dahulu turut mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai.

Setiap hari, mereka melihat kematian di depan mata melibatkan keluarga, saudara dan sahabat handai.

Suasananya dilaporkan tidak terkawal serta menjahanamkan sistem feudal dari sudut ekonomi dan sosial sehingga merubah segala-galanya.

Klik di sini untuk terus membaca