[INFOGRAFIK] Apple, Microsoft, Amazon, Facebook dan Google merupakan syarikat teknologi gergasi yang digelar sebagai 'Big Five'. Kesemuanya merupakan syarikat antarabangsa yang mendominasi perniagaan dalam pasaran teknologi global. Setiap... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Apple, Microsoft, Amazon, Facebook dan Google merupakan syarikat teknologi gergasi yang digelar sebagai 'Big Five'.

Kesemuanya merupakan syarikat antarabangsa yang mendominasi perniagaan dalam pasaran teknologi global.

Setiap satunya mempunyai permodalan pasaran bernilai antara US$1 hingga US$2 trilion (RM4.2 hingga RM8.3 trilion) dengan pendapatan tahunan mencecah ratusan billion dolar.

Penguasaan mereka dalam bidang teknologi semakin menjadi-jadi apabila Internet diperkenalkan ke seluruh dunia.

Sejak itu, masing-masing menjana pendapatan tahunan yang lumayan sehingga mendominasi pasaran dunia.

Atas sebab itu, kesemua syarikat tersebut digelar sebagai gergasi tekonologi kerana keupayaan mereka menjana keuntungan berterusan, sejajar dengan perkembangan teknologi.

Dalam pada perniagaan lain merosot akibat penularan Covid-19, 'Big 5' masih bertahan malah ada di antaranya terus menjana keuntungan berganda seperti Amazon.

Forbes melaporkan, Amazon terus menggandakan pendapatan tahunannya sebanyak 84 peratus pada 2020 kepada US$386 bilion (RM1.6 trilion) berbanding US$280.5 bilion (RM1,1 trilion) pada 2019.

Malah, syarikat tersebut terus berkembang pesat pada tahun ini apabila prestasi berdasarkan pendapatan Suku Tahun Pertama (ST1) dan Suku Tahun Kedua (ST2) meningkat tinggi.

CBNC melaporkan, pendapatan ST2 Amazon berkembang 27 peratus kepada US$113.1 bilion (RM477 bilion) berbanding US$108.5 bilion (RM458.4 bilion) suku tahun sebelumnya.

Perkara sama juga dilalui oleh tiga lagi syarikat teknologi terkenal dunia iaitu Facebook, Google dan Microsof.

Masing-masing merekodkan pertambahan pendapatan untuk ST2 2021 yang mana Microsoft mencatatkan sebanyak 17 peratus, Facebook (11 peratus) dan Google (3.2 peratus).

Namun, berdasarkan data dikeluarkan Apple, pendapatan ST2 2021 syarikat itu dilihat merosot sebanyak 10 peratus kepada US$81.4 bilion (RM377 bilion) berbanding US$89.5 bilion (RM377 bilion) pada suku sebelumnya.

Bagaimanapun, syarikat itu dalam satu kenyataan menjelaskan, pendapatan tahun ke tahunnya (y-o-y) meningkat sebanyak 36 peratus berbanding suku sama pada tahun lalu.

Kejayaan tersebut membolehkan Apple menjana aliran tunai operasi sebanyak US$21 bilion (RM88.6 bilion), mengembalikan hampir US$29 bilion (RM122.3 bilion) kepada pemegang saham mereka pada suku tersebut, kata Ketua Pegawai Kewangan Apple, Luca Maestri.

"Prestasi operasi suku bulan Jun kami merangkumi rekod pendapatan baharu di setiap segmen geografi, pertumbuhan dua digit di setiap kategori produk dan yang tertinggi sepanjang masa untuk asas peranti aktif kami yang dipasang,” tambahnya.

Klik di sini untuk terus membaca