SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum tumbang selagi belum ada sebarang pengumuman daripada Istana Negara berhubung keabsahan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Penganalisis Politik daripada Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum tumbang selagi belum ada sebarang pengumuman daripada Istana Negara berhubung keabsahan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penganalisis Politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, pihak istana perlu memutuskan sama ada Muhyiddin masih mempunyai majoriti sokongan atau sebaliknya.

"Ahmad Zahid tadi maklumkan beliau sudah serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong senarai ahli-ahli Parlimen yang tidak lagi menyokong Muhyiddin dan sekarang Muhyiddin perlu menghadap Seri Paduka untuk membuktikan bahawa beliau juga ada sokongan.

"Buat masa ini, mungkin sebahagian dalam UMNO masih menyokong Muhyiddin, namun persoalannya adakah itu cukup untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

"Jika tidak ada sokongan lagi maka beberapa perkara perlu dilakukan oleh Muhyiddin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sivamurugan berkata, antara perkara yang perlu dilakukan Muhyiddin ialah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

"Tetapi jika Yang di-Pertuan Agong merasakan tidak perlu bubar Parlimen dan merasakan seorang perdana menteri baharu boleh dilantik dalam PN maka itu juga boleh dilakukan,” ujar beliau.

Klik di sini untuk terus membaca