[INFOGRAFIK] Hari ini, memiliki kereta merupakan satu keperluan kerana kenderaan tersebut memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Atas sebab itu, permintaannya dilihat meningkat dari semasa ke semasa sehingga... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Hari ini, memiliki kereta merupakan satu keperluan kerana kenderaan tersebut memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Atas sebab itu, permintaannya dilihat meningkat dari semasa ke semasa sehingga pembuatannya menjadi sebuah perniagaan komersial yang menguntungkan.

Justeru, banyak negara berebut-berebut mahu menghasilkan kereta sendiri atau sekurang-kurangnya memasang komponen kereta luar untuk pasaran tempatan.

Berdasarkan, data Statista.com, sebanyak 97 juta kereta telah dikeluarkan pada 2017 dan 2018 yang mana ia merupakan jumlah produksi tertinggi dunia dalam tempoh 10 tahun sejak 2010.

Bagaimanapun, pengeluarannya merosot kepada 78 juta unit pada 2020 susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia.

Setakat hari ini, terdapat lebih kurang 22 buah negara yang mengeluarkan kereta sendiri termasuk Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 10 daripadanya merupakan pengeluar utama dunia yang mengeluarkan lebih 1 juta unit kereta pada setiap tahun.

Berdasarkan data Organisasi Antarabangsa Pengeluar Kenderaan Bermotor (OICA), China adalah pengeluar utama kereta dunia dengan produksi tahunan melebihi 25 juta unit.

Terdapat empat pembuat kereta yang menjadi peyumbang utama pengeluaran kereta China iaitu SAIC Motor, Dongfeng, FAW dan Chang’an.

Amerika Syarikat (AS) pula merupakan pengeluar kedua kereta terbesar dunia dengan produksi tahunan lebih lapan juta.

Sementara itu, pada 2020 Malaysia mengeluarkan kira-kira 485,186 buah kenderaan yang mana ia merangkumi 0.7 peratus daripada produksi pengeluaran kereta dunia pada tahun berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 457,755 kenderaan yang dikeluarkan merupakan kereta manakala selebihnya iaitu 27,431 pula adalah kenderaan komersial, menurut OICA.

Bagaimanapun, jumlah produksinya merosot sebanyak 15 peratus kepada 485,186 pada 2020 berbanding 572,632 pada 2019.

Berbeza dengan pengeluaran kereta dunia, produksi kereta di Malaysia mencapai angka tertinggi pada tahun 2015 iaitu sebanyak 558,324 unit.

Namun, angka tertinggi bagi pengeluaran kereta komersial pula direkodkan berlaku pada 2012 iaitu sebanyak 59,999 unit.

Klik di sini untuk terus membaca