[INFOGRAFIK] Kebersihan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Perkara tersebut bukan sahaja menjamin kesihatan malah turut menawarkan ruang hidup yang lebih selesa dan kondusif. Di samping itu, kebersihan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Kebersihan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Perkara tersebut bukan sahaja menjamin kesihatan malah turut menawarkan ruang hidup yang lebih selesa dan kondusif.

Di samping itu, kebersihan juga menggambarkan peribadi dan mentaliti sebenar seseorang terhadap tanggungjawab tersebut.

Bagi sebuah negara pula, kebersihan merupakan satu imej yang mampu memberi kesan positif terhadap ekonomi dan sosial.

Negara yang bersih lebih cenderung dikunjungi pelawat, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan sektor pelancongan.

Selain itu, negara yang bersih juga menggambarkan bahawa rakyatnya mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Berdasarkan laporan laman web Earth & World, Yale University (Amerika Syarikat) dan World Economic Forum telah menyenaraikan sebanyak 10 buah bandar terbersih dunia bagi 2021.

Penilaian tersebut dibuat berdasarkan kepada usaha pihak berkuasa bandar terpilih memelihara dan memulihara alam sekitar, melestarikan penggunaan sumber dan mengawal pencemaran udara serta air.

Di samping itu, sokongan rakyat terhadap usaha-usaha dijalankan negara masing-masing juga memainkan peranan penting dalam membantu bandar terpilih untuk berada dalam senarai tersebut.

Klik di sini untuk terus membaca