[INFOGRAFIK] Berikut ialah 10 rekod dan sejarah unik sepanjang penggal 2018-2023 sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara hinggalah kepada kejatuhan Perikatan Nasional (PN) pada Isnin. 1. BN tumbang selepas 60 tahun Buat julung-julung... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Berikut ialah 10 rekod dan sejarah unik sepanjang penggal 2018-2023 sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara hinggalah kepada kejatuhan Perikatan Nasional (PN) pada Isnin.

1. BN tumbang selepas 60 tahun Buat julung-julung kalinya Barisan Nasional (BN) tewas di tangan pembangkang selepas meraih 69 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, rekod terburuk pernah dicatatkan oleh gabungan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Menariknya, BN ditewaskan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh bekas Presiden UMNO sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Dr Mahathir jadi PM kali kedua Berikutan kejayaan menyatukan Bersatu, DAP, PKR dan Amanah di bawah PH, Dr Mahathir menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) sebanyak dua kali. Sebelum ini, beliau menjadi PM ke-4 selama 22 tahun dan dilantik sebagai PM ke-7 tetapi hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

3. TPM wanita pertama Kemenangan PH bukan sahaja menyaksikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, malah ia turut menyaksikan pelantikan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia.

4. PH tumbang sebelum tamat penggal PH yang berdiri di atas gabungan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu menjadi parti pemerintah pertama yang tumbang ketika sedang memerintah. Gabungan tersebut tumbang apabila Dr Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ketujuh, sekali gus menyaksikan Kabinet di bawah pentadbiran PH ikut terbubar.

5. Langkah Sheraton dalang PH tumbang Wujud satu gerakan digelar Langkah Sheraton melibatkan 11 Ahli Parlimen PKR yang meninggalkan PH untuk mewujudkan kerajaan baharu. Gerakan tersebut didakwa telah bekerjasama dengan Bersatu, Pas dan BN bagi membentuk pentadbiran baharu dikenali sebagaiPN.

6. Ahli Parlimen lompat parti Dalam tempoh pentadbiran PN, ramai ahli Parlimen dilihat meninggalkan parti masing-masing bagi menyertai PN yang mana jumlahnya dianggarkan mencecah 39 orang. Mereka didakwa menerima habuan lumayan untuk mengukuhkan kerajaan tersebut yang mempunyai majoriti lemah di Parlimen.

7. Kabinet Muhyiddin jadi pertikaian Kabinet Muhyiddin menjadi isu apabila ia melantik jumlah menteri dan timbalan menteri yang banyak, sekali gus mengatasi Kabinet kerajaan sebelumnya. Seramai 30 ahli Parlimen daripada pelbagai parti telah dilpilih sebagai menteri yang dibantu oleh timbalan menteri seramai 38 orang.

8. Kerajaan paling singkat Selepas memerintah selama 17 bulan 16 hari, akhirnya PN tumbang apabila Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan. Kerajaan tersebut tidak berupaya meneruskan pentadbiran susulan kegagalan Ahli Parlimen PAgoh itu mengesahkan keabsahan sokongannya sebagai Perdana Menteri.

9. TPM paling singkat Kemelut Bersatu dengan UMNO menyebabkan Muhyiddin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu. Bagaimanapun, jawatan tersebut gagal mendamaikan dua parti ini. Malangnya, Ismail Sabri menjadi TPM dalam tempoh paling singkat di Malaysia cuma selama 40 hari.

10. Penasihat Khas 11 hari Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri pada 5 Ogos lalu. Bagaimanapun, tugas tugas beliau itu cuma bertahan 11 hari selepas kerajaan PN tumbang pada Isnin.

Klik di sini untuk terus membaca