[INFOGRAFIK] Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada Isnin telah menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan pada 1 Mac 2020 runtuh. Susulan itu, Kabinet yang dibentuk merangkumi... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada Isnin telah menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan pada 1 Mac 2020 runtuh.

Susulan itu, Kabinet yang dibentuk merangkumi 30 menteri dan 35 timbalan Menteri daripada gabungan pelbagai parti ikut terbubar.

Bagaimanapun, keruntuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin itu masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ahli politik yang dilantik untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) meletakkan jawatan diberikan sebelum ini.

Mereka yang memegang jawatan tersebut dilihat masih mendiamkan diri dan belum membuat sebarang pengumuman berhubung peletakan jawatan masing-masing.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad telah menggesa mereka yang dilantik meletakkan jawatan dalam agensi berkenaan.

Ia adalah hal yang betul dan bermaruah untuk dilakukan, katanya.

"Dengan peletakan jawatan Muhyiddin, lantikan politik yang menerajui GLC dan GLIC mesti turut meletakkan jawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, beberapa ahli politik dari UMNO termasuk Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad.

Namun,tindakan tersebut dilakukan sejajar dengan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu yang sebulat suara menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan PN yang dipimpinnya sebelum ini.

Turut melakukan perkara sama ialah Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razlan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Datuk Rosni Sohar yang menyandang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Klik di sini untuk terus membaca