[INFOGRAFIK] Seramai 114 ahli Parlimen telah dipanggil bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis. Mereka terdiri daripada ahli Parlimen yang menyokong dan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Seramai 114 ahli Parlimen telah dipanggil bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.

Mereka terdiri daripada ahli Parlimen yang menyokong dan menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu ditetapkan bermula seawal jam 10 pagi sehingga 4.20 petang.

Ia dilakukan secara berperingkat merangkumi lima sesi melibatkan ahli Parlimen daripada Umno seramai 37 orang, Bersatu (31), Pas (18), GPS (18), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Sesi tersebut bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan 114 ahli Parlimen itu kepada Ismail Sabri.

Berikut adalah senarai ahli Parlimen yang menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara mengikut sesi ditetapkan.

Klik di sini untuk terus membaca