[INFOGRAFIK] Hari ini, genap tiga hari Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) kesembilan selepas mengangkat sumpah di Istana Negara pada Sabtu.
Pelantikannya sebagai PM baharu itu menyaksikan beliau menjadi salah seorang daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang berjaya memegang jawatan sebagai orang nombor satu negara walaupun tempohnya memegang jawatan TPM hanyabertahan selama 40 hari.
Ini kerana tidak semua ahli Parlimen yang dilantik sebagai TPM berjaya meneruskan karier politik mereka sebagai PM.
Dianggarkan, seramai 13 ahli Parlimen pernah dilantik sebagai TPM sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.
Bagaimanapun, hanya sembilan yang berpeluang meneruskan karier politik mereka sebagai PM selepas itu.
Selebihnya gagal walaupun jawatan tersebut selangkah sahaja daripada kedudukan karier politik mereka pada ketika itu.
Antara TPM yang tidak sempat merasa kerusi PM ialah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Klik di sini untuk terus membaca