AWANG angkat tabik pada Tuk Seri Perdana Menteri (PM) yang buat lawatan kerja pertama ke Kedah. Beliau meninjau kawasan yang terjejas banjir dan kesan kepala air selain tengok jambatan yang rosak. Khabarnya Tuk Seri PM hanya berada sejam di... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG angkat tabik pada Tuk Seri Perdana Menteri (PM) yang buat lawatan kerja pertama ke Kedah. Beliau meninjau kawasan yang terjejas banjir dan kesan kepala air selain tengok jambatan yang rosak.

Khabarnya Tuk Seri PM hanya berada sejam di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri, mungkin sempat senyum dan bertegur sapa dengan kakitangan sebelum terus ke Kedah.Itu namanya action-oriented, kata orang putih.

Cuma Awang rasa, sepatutnya lawatan itu dibuat dengan rombongan yang kecil. Dalam situasi pandemik seperti sekarang, terlalu banyak orang berkumpul di satu tempat, tentu akan timbulkan tanda tanya. Awang risau juga tengok video yang tular begitu banyak kereta yang ikut rombongan itu.

Di jambatan berkenaan penuh pula dengan manusia. Apabila banyak orang, maka susahlah nak jaga penjarakan sosial. Masa Tuk Seri PM jadi menteri kanan hari-hari beliau nasihatkan rakyat supaya jaga SOP, terutamanya penjarakan sosial.

Pada pendapat Awang tak usahlah mana-mana pihak buat papan iklan besar-besar mengalu-alukan kehadiran PM baharu. Beliau datang oleh sebab urusan mengejut, nak melawat kawasan terlibat, termasuk mangsa kejadian. Bukankah kos papan iklan besar itu boleh digunakan untuk bantu rakyat yang jadi mangsa?

Awang yakin ini bukan budaya yang nak dibawakan oleh Tuk Seri PM baharu. Dia nak jadi PM rakyat. Protokol dan upacara tak tentu pasal bukan stail dia. Lagipun dia jadi PM pada masa rakyat susah, jadi ikutlah cara rakyat yang susah.

Klik di sini untuk terus membaca