[INFOGRAFIK] Baru-baru ini, tular sekeping gambar memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub bersama beberapa pemimpin UMNO berada di dalam pesawat rasmi milik kerajaan.
Gambar tersebut dipercayai diambil ketika PM kesembilan itu sedang dalam perjalan ke Kedah bagi bertemu dengan mangsa banjir di sana.
Beliau menaiki pesawat dikenali sebagai Perdana 1 yang menjadi pengangkutan rasmi untuk membawa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.
Lazimnya, ia digunakan untuk membawa pemimpin negara menghadiri urusan rasmi berkaitan dengan pentadbiran negara.
Selain Malaysia, negara-negara lain juga memiliki pesawat rasmi masing-masing yang digunakan atas kapasiti urusan pentadbiran.
Siap satunya mempunyai nama tersendiri bagi membezakannya dengan pesawat komersial, sekali gus menunjukkan fungsinya sebagai kenderaan orang nombor satu negara itu.
Berikut adalah senarai pesawat rasmi milik kerajaan dunia yang namanya sinonim dengan penduduk dunia.
Tiada pesawat rasmi
Bagaimanapun, tidak semua negara di dunia ini menyediakan pesawat rasmi untuk membawa pemimpin utama mereka ke luar negara bagi urusan pentabiran.
Sebahagiannya menggunakan pesawat komersial milik syarikat penerbangan nasional negara masing-masing manakala sebahagian yang lain pula menaiki pesawat yang disewa khas.
Antara negara yang tidak menyediakan pesawat rasmi kepada pemimpin nombor satu mereka ialah Singapura, Sri Lanka dan Nepal.
Pesawat dinaiki biasanya berjadual dan mereka akan duduk bersama rakyat biasa di dalam penerbangan tersebut.
Amalan berkenaan rata-ratanya bertujuan mengawal kewangan negara selain menjimatkan kos perbelanjaan pemimpin-pemimpin mereka ke luar negara walaupun atas urusan pentadbiran negara.
Malah, negara seperti Sri Lanka juga telah menetapkan perkara tersebut sebagai salah satu polisi kerajaan yang mana pemimpin perlu menaiki pesawat komersial.
Klik di sini untuk terus membaca