[INFOGRAFIK] Akhirnya siapa mengisi Kabinet Ismail Sabri terjawab selepas seminggu rakyat berteka-teki. Kabinet yang merangkumi 69 ahli itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Akhirnya siapa mengisi Kabinet Ismail Sabri terjawab selepas seminggu rakyat berteka-teki.

Kabinet yang merangkumi 69 ahli itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Sebagaimana diketahui umum, kabinet tersebut melibatkan 31 orang menteri dan 38 timbalan menteri dalam kalangan ahli Parlimen berbilang parti terdiri daripada UMNO, Bersatu, Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS, MCA, MIC dan PAS.

Majoritinya adalah muka sama yang pernah mengganggotai Kabinet Muhyiddin sebelum ini.

Hanya segelintir sahaja muka baharu yang memegang portfolio menteri dan timbalan menteri.

Terdapat juga beberapa nama yang sebelum ini menggangotai Kabinet Muhyiddin digugurkan daripada senarai kabinet baharu.

Ia melibatkan tiga menteri dan tiga timbalan menteri yang memegang portfolio dalam Kabinet Muhyiddin ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah dari 1 Mac 2020 sehingga 16 Ogos 2021.

Salah seorang menteri tersebut ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Klik di sini untuk terus membaca