[INFOGRAFIK] Penularan Covid-19 di negara kita nampaknya semakin serius lewat kebelakangan ini. Jumlahnya dilihat semakin meningkat dari hari ke hari sehingga jangkitan hariannya mencecah lima digit. Sepanjang Ogos sahaja, sebanyak 632,996... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Penularan Covid-19 di negara kita nampaknya semakin serius lewat kebelakangan ini.

Jumlahnya dilihat semakin meningkat dari hari ke hari sehingga jangkitan hariannya mencecah lima digit.

Sepanjang Ogos sahaja, sebanyak 632,996 jangkitan kes positif direkodkan yang mana jumlahnya adalah 36 peratus daripada jangkitan keseluruhan iaitu 1.7 juta kes.

Secara puratanya, jangkitan harian Covid-19 bagi Ogos 2021 ialah sebanyak 20,419 kes.

Bagi kematian pula, angka dicatatkan sekitar 7,605 kes sepanjang Ogos 2021 yang mana jumlahnya adalah 46 daripada peratus kematian keseluruhan iaitu 16,664 kes.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Dr Noor Hisham Abdullah meramalkan Malaysia akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September dengan 24,000 kes positif sehari.

Ramalan beliau itu nampaknya ada kebenarannya apabila data diperoleh sepanjang Ogos jelas menunjukkan kes jangkitan harian mampu mencecah ke angka berkenaan.

Justeru, kita tidak boleh lagi memandang ringan perkara tersebut, lebih-lebih lagi apabila kes harian sepanjang Ogos tidak menunjukkan sebarang penurunan yang ketara.

Oleh yang demikian, kita perlu kembali ke tujuan asal iaitu membantu kerajaan menurunkan kes dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi membendung penularan wabak.

Peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di Malaysia dipercayai berpunca daripada kelonggaran beberapa perintah larangan, termasuk pembukaan semula beberapa sektor ekonomi.

Situasi tersebut menjadi lebih parah apabila kewujudan beberapa kes jangkitan membabitkan varian membimbangkan (VOC) di beberapa buah negeri.

Bagaimanapun, Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang berdepan dengan situasi getir itu, malah perkara sama turut dilalui oleh negara lain di seluruh dunia.

Menurut Dr Noor Hisham, situasi tersebut berlaku disebabkan oleh kelesuan pandemik yang mana masyarakat mula lesu lalu alpa dalam memathu SOP selepas program imunisasi Covid-19 diperkenalkan bermula hujung tahun 2020 "Kebanyakan negara di dunia mencatatkan kenaikan mendadak kes jangkitan dan kematian Covid-19 walaupun sebahagian besar negara sudah memulakan program imunisasi di negara masing-masing,” tambahnya.

Susulan itu, beliau berkata, peningkatan jangkitan Covid-19 secara mendadak telah membebankan sektor kesihatan negara.

Klik di sini untuk terus membaca