[INFOGRAFIK] Muhammad Ziyad Zolkefli bukan lagi individu asing bagi rakyat negara ini, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan semasa sukan.
Namanya menjadi perhatian ramai selepas beliau memecahkan rekod dunia dalam acara lontar peluru pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio De Janeiro, Brazil.
Sejak itu, Muhammad Ziyad terus mengharumkan nama negara melalui pelbagai temasya sukan antarabangsa yang disertainya.
Hari ini, Muhammad Ziyad kembali menjadi perhatian rakyat apabila merangkul emas, sekali gus mencipta rekod dunia baharu dalam acara sukan disertai pada Tokyo Paralimpik 2020 di Jepun.
Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila kemenangan tersebut dibatalkan manakala emas diraih ditarik balik susulan bantahan yang dikemukakan oleh pasukan Ukraine.
Pasukan tersebut berbuat demikian selepas selepas tiga atlet termasuk Muhammad Ziyad; alet Australia, Todd Hodgetts dan atlet Ecuador didakwa lewat memasuki bilik panggilan sebelum acara bermula.
Klik di sini untuk terus membaca