[INFOGRAFIK] Capybara tentu sekali asing bagi penduduk Malaysia kerana mamalia dengan jolokan tikus gergasi itu tidak terdapat di negara kita. Sebaliknya, haiwan tersebut boleh ditemui dengan mudah di Amerika Selatan seperti Panama,... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Capybara tentu sekali asing bagi penduduk Malaysia kerana mamalia dengan jolokan tikus gergasi itu tidak terdapat di negara kita.

Sebaliknya, haiwan tersebut boleh ditemui dengan mudah di Amerika Selatan seperti Panama, Uruguay, Argentina, Peru, Brazil dan banyak lagi.

Haiwan jenis mamalia itu pada dasarnya nampak comel namun ia boleh mendatangkan masalah, terutamanya apabila muncul secara berkumpulan.

Contohnya macam yang berlaku di Argentina baru-baru ini apabila sekumpulan tikus gergasi berkenaan telah menceroboh kawasan perumahan elit bernama Nordelta.

Perkara tersebut telah mendatangkan masalah kepada penduduk kawasan berkenaan kerana tikus gergasi itu telah menyebabkan halaman rumah mereka rosak, haiwan peliharaan digigit selain jalan raya menjadi sesak.

Difahamkan, haiwan tersebut muncul kerana kawasan perumahan berkenaan dibina di atas atas tanah paya di Sungai Parana yang merupakan habitat asal tikus gergasi itu.

Capybara secara amnya datang daripada keluarga tikus cuma saiznya berpuluh kali ganda lebih besar daripada mahkluk peosak berkenaan.

Justeru, sifatnya sebagai mahkluk perosak menyerlah walaupun secara luarannya Capybara itu nampak comel dan manja seperti haiwan peliharaan.

Haiwan yang menjadikan kawasan berair sebagai habitanya seperti sungai, kolam, tasik dan paya itu sebenarnya cenderung merosakkan alam sekitar.

Ahli Biologi Amerika Syarikat, Elizabeth Congdon berkata, Capyraba boleh memusnahkan ekosistem akuatik dan menggangu kawasan berumput di tebing sungai.

Ini kerana katanya, tikus gergasi tersebut cenderung meragut rumput secara berlebihan ketika makan.

Sekiranya haiwan tersebut bebas daripada ancaman, pemangsa, ia akan menggangu dan mengancam aktiviti haiwan sedia ada di kawasan tersebut, tambahnya.

Sungguhpun begitu, haiwan tersebut juga tidak terkecuali daripada berdepan ancaman populasi yang serius di negara asalnya.

Selain diburu oleh haiwan pemangsa seperti jaguar, buaya, ular dan helang, Capybara juga berdepan dengan ancaman manusia.

Tikus gergasi itu dilaporkan giat diburu oleh sesetengah pihak bagi mendapatkan daging dan kulitnya untuk dijadikan makanan dan barang perhiasan.

Di samping itu, populasinya turut terancam akibat pembalakan hutan secara besar-besaran sehingga memaksa spesies tersebut keluar dari habitatnya.

Sikap semula jadi manusia yang gemar melakukan kerosakkan itu menyebabkan haiwan berkenaan akhirnya menceroboh masuk kawasan penempatan mereka dan mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang berlaku di Argentina itu.

Klik di sini untuk terus membaca