[INFOGRAFIK] Pada era hari ini, Internet merupakan satu daripada keperluan hidup. Setiap orang mesti melanggan kemudahan tersebut mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Keberadaannya membolehkan orang ramai melakukan dan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Pada era hari ini, Internet merupakan satu daripada keperluan hidup.

Setiap orang mesti melanggan kemudahan tersebut mengikut kemampuan dan keperluan masing-masing.

Keberadaannya membolehkan orang ramai melakukan dan menyelesaikan tugasan harian dengan mudah, terutamanya dalam situasi penularan pandemik Covid-19.

Dengan Internet, kita boleh membeli-belah, membuat pemindahan wang, melihat berita, belajar dan berhibur.

Justeru, penting untuk kita mempunyai Internet yang laju dan stabil agar tugasan harian dapat dilakukan dengan sempurana dan berkesan.

Di Malaysia, kelajuan Internet boleh disfatkan sebagai memuaskan walaupun negara ini masih belum lagi melancarkan rangkaian 5G.

Menurut laporan speedtest.net, prestasi Internet di Malaysia bertambah baik sejak suku tahun (ST1) pertama 2020.

Ia susulan inisiatif berterusan dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang menambaik prestasi Internet sebelum negara melancarkan 5G secara rasmi, katanya.

"Inisiatif tersebut juga ada kaitannya dengan Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang bertujuan menambah baik infrstruktur Internet sedia ada di negara ini,” katanya.

Buat masa ini, Speedtest.net merekodkan, kelajuan Internet di Malaysia untuk muat turun ialah 24.53 megabit sesaat (Mbps) bagi mobil manakala muat turun bagi jalur lebar tetap pula ialah 90.88Mbps.

Oleh yang demikian, Speedrest.net menjangkakan, prestasi Internet di Malaysia akan menjadi lebih baik selepas rangkaian 5G dilancarkan nanti.

Klik di sini untuk terus membaca