[INFOGRAFIK] Sidang Dewan Rakyat bagi penggal keempat Parlimen ke-14 telah pun bermula pada Isnin.
Sidang penuh yang berlangsung selama 17 hari itu dijangka berakhir pada 12 Oktober 2021 nanti.
Menariknya, sidang tersebut menyaksikan beberapa pertukaran tempat duduk di dalam Dewan Rakyat, terutamanya dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan.
Ia berlaku susulan pelantikan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sebagai Perdana Menteri baharu.
Di samping itu, tempat perubahan tempat duduk berkenaan juga disebabkan oleh pelantikan beberapa muka baharu sebagai ahli kabinet Perdana Menteri kesembilan itu.
Klik di sini untuk terus membaca