[INFOGRAFIK] Boleh dikatakan semua orang di negara kita mempunyai akaun media sosial, masing-masing tidak kira muda ataupun dewasa.
Mereka menggunakannya dengan pelbagai tujuan sama ada untuk bersosial, memasarkan produk ataupun menghasilkan kandungan.
Setiap seorang daripada mereka mempunyai media sosial kegemaran masing-masing, bergantung kepada kesesuaian dan keselesaan menggunakannya.
Menurut analisis Data Reportal, sejumlah 28 juta rakyat di negara ini adalah pengguna media sosial.
Jumlah tersebut bersamaan dengan 86 peratus populasi penduduk di negara itu pada Januari 2021, jelasnya.
"Malaysia mencatatkan peningkatan pengguna media sosial sebanyak 7.7 peratus antara 2020 dan 2021,” tambahnya.
Daripada jumlah tersebut, terdapat lima media sosial yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
Kesemua media sosial tersebut mempunyai pengguna melebihi dua juta orang di Malaysia.
Klik di sini untuk terus membaca