[INFOGRAFIK] Seramai 10,545 orang hilang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa direkodkan dalam tempoh lima tahun di negara ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 9,270 orang telah ditemukan semula manakala selebihnya seramai 1,275 orang... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Seramai 10,545 orang hilang terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa direkodkan dalam tempoh lima tahun di negara ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 9,270 orang telah ditemukan semula manakala selebihnya seramai 1,275 orang masih hilang.

Seramai 72 daripada orang hilang yang belum ditemukan itu terdiri daripada kanak-kanak, manakala selebihnya pula adalah orang dewasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata, siastan polis mendapati perselisihan faham dengan keluarga, keluar rumah ikut rakan sebaya atau kekasih dan lari daripada pengutip hutang adalah antara punca kes orang hilang.

Bagi menangani kes tersebut, beliau berkata, kerajaan giat menjalankan beberapa usaha termasuk mewujudkan portal khas, anjur kempen dan jalin kerjasama dengan agensi lain.

Klik di sini untuk terus membaca