[INFOGRAFIK] Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang popular dalam kalangan penduduk dunia. Perwatakannya yang comel dan keletahnya yang mencuit hati menyebabkan haiwan tersebut sering menjadi perhatian ramai. Justeru, tidak hairanlah... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang popular dalam kalangan penduduk dunia.

Perwatakannya yang comel dan keletahnya yang mencuit hati menyebabkan haiwan tersebut sering menjadi perhatian ramai.

Justeru, tidak hairanlah ramai yang memilih kucing untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan, sekali gus menjadi teman baik ketika kesepian.

Menurut data Carocat.com, terdapat lebih kurang 700 juta ekor kucing berada di seluruh dunia pada 2021.

Daripada jumlah tersebut, 31.5 peratus dipelihara manakala selebihnya iaitu 68.5 peratus hidup terbiar.

Petpedia.com mendedahkan, sebanyak 10.7 peratus daripada jumlah kucing yang ada di seluruh dunia itu berada di AS, sekali gus menjadikannya sebagai negara yang mempunyai populasi kucing terbesar di dunia.

China menduduki tempat kedua dengan populasi sebanyak 7.5 peratus, diikuti oleh Rusia di tempat ketiga dengan populasi sebanyak 2.5 peratus.

Sementara itu, Perromart.com melaporkan, terdapat hampir 800,000 ekor kucing berada di Malaysia pada 2018.

Jumlah tersebut direkodkan meningkat pada setiap tahun susulan kadar pembiakan haiwan tersebut yang cepat.

Klik di sini untuk terus membaca