SHAH ALAM - Sejak pembukaan semula perjalanan domestik pada 11 Oktober lalu, syarikat penerbangan, Firely telah meningkatkan jumlah penerbangan sehingga 70 peratus menyaksikan permintaan tinggi daripada penumpang untuk tempahan tiket.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Sejak pembukaan semula perjalanan domestik pada 11 Oktober lalu, syarikat penerbangan, Firely telah meningkatkan jumlah penerbangan sehingga 70 peratus menyaksikan permintaan tinggi daripada penumpang untuk tempahan tiket.

Firefly berkata, pihaknya turut merancang meningkatkan penerbangan secara berperingkat seiring dengan permintaan.

"Kami bersedia untuk berkhidmat kepada penumpang dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP), insurans perjalanan meliputi Covid-19 dan 100 peratus vaksinasi untuk semua juruterbang dan kru kabin kami.

"Kami turut bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia dan mereka amat memberi sokongan kepada syarikat penerbangan.

"Pada masa ini kami mempunyai program untuk menawarkan baucar rangsangan bernilai RM50 untuk semua penumpang. Ini adalah dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan juga dengan Tourism Malaysia.

"Penumpang boleh menikmatinya bersama-sama dengan pelbagai tawaran dan diskaun lain di laman web kami di www.fireflyz.com.my,” kata Firefly kepada Sinar Premium pada Khamis.

Laporan Sinar Harian pada Khamis.

Menurut syarikat penerbangan itu lagi, pihaknya turut menerima sambutan menggalakkan daripada penumpang sejak projek rintis Gelembung Perjalanan Langkawi yang dilancarkan pada 16 September lalu.

Ditanya adakah Firefly optimis industri penerbangan negara akan terus pulih dari masa ke masa, pihaknya berkata, dengan kadar vaksinasi tinggi dan pengenalan suntikan booster, mereka yakin pemulihan dan permintaan terhadap perjalanan pelancongan akan terus meningkat.

"Kami telah bersedia untuk memenuhi permintaan dan terus berkhidmat untuk penumpang dengan penuh keyakinan,” kata Firefly.

Menjelang Bajet 2022 ini pula, Firefly mengharapkan lebih insentif untuk individu melakukan perjalanan atau percutian untuk riadah, rebat cukai untuk perjalanan domestik, insentif untuk korporat dan SME untuk perjalanan domestik dan insentif untuk syarikat penerbangan.

Klik di sini untuk terus membaca