[Infografik] Sebanyak RM620 juta telah disalah urus sehingga mengakibatkan ketirisan yang merugikan negara, dedah Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid pada Oktober lalu. Puncanya disebabkan oleh ketidakpatuhan kementerian dan... Klik di sini untuk terus membaca

[Infografik] Sebanyak RM620 juta telah disalah urus sehingga mengakibatkan ketirisan yang merugikan negara, dedah Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid pada Oktober lalu.

Puncanya disebabkan oleh ketidakpatuhan kementerian dan jabatan Persekutuan dalam menguruskan wang tersebut, tambah beliau.

Pendedahan tersebut merupakan berita yang mengecewakan majoriti rakyat, tambahan pula ia dikenal pasti berlaku dalam situasi getir ketika orang ramai hilang punca pendapatan dan kekurangan wang akibat Covid-19.

Mana tidaknya, sedang rakyat bergelut mencari wang ada pula segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membazirkan wang bukan milik mereka.

Tambahan pula, wang sebanyak RM620 juta bukan satu jumlah yang sedikit kerana ia boleh membantu membangunkan negara, sekali gus memberi manfaat kepada sekalian rakyat jika diuruskan dengan baik.

Sekiranya wang tersebut diambil dan diberikan kepada rakyat, ia boleh membantu 640,000 isi rumah miskin yang terkesan akibat Covid-19 direkodkan pada 2020.

Daripada jumlah wang yang tiris itu, setiap isi rumah tersebut akan menerima sebanyak RM968, sekali gus mengurangkan beban ditanggung keluarga masing-masing.

Malah, wang sebanyak itu juga boleh digunakan untuk membeli dan melakukan banyak perkara lain yang boleh memberi manfaat kepada negara berbanding memenuhi kepentingan individu-individu tertentu.

Klik di sini untuk terus membaca