PRN MELAKA kali ini ada macam-macam cerita walaupun baru peringkat penamaan calon. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sah terima 112 kertas pencalonan. Selain daripada gabungan BN, PN dan PH, SPR juga terima pencalonan daripada Parti Bumiputera... Klik di sini untuk terus membaca

PRN MELAKA kali ini ada macam-macam cerita walaupun baru peringkat penamaan calon. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sah terima 112 kertas pencalonan.

Selain daripada gabungan BN, PN dan PH, SPR juga terima pencalonan daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) selain 22 calon Bebas.

Menurut SPR calon yang paling tua ialah Datuk Hajah Kalsom Nordin, 68 tahun, yang mewakili BN di DUN Pengkalan Batu. Calon paling muda adalah Farzana Hayani Mohd Nasir yang mewakili PH. Beliau berumur 21 tahun dan masih menuntut di UiTM.

BN juga ketengahkan calon bernama Leong Hui Ying, yang merupakan calon termuda gabungan itu, yang khabarnya ada masalah bercakap dalam Bahasa Melayu.

Insiden beliau terpinga-pinga menjawab soalan dalam BM apabila ditanyakan oleh wartawan jadi viral. Beliau khabarnya lepasan Universiti Shih Hsin, Taiwan.

Ada pula calon DAP yang naikkan poster yang tertera perkataan 'Lahabau Melaka...Jom Undi' yang bangkitkan kemarahan netizen.

Mantan DUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang dulunya calon DAP kini bertanding sebagai calon Bebas.

Yang menarik, mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron kini bertanding sebagai calon PH. Beliau salah seorang daripada empat orang yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri.

Awang harap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan pantau PRN kali ini. Sekiranya benar ada perbuatan sogok pengundi ambillah tindakan segera. Jangan tunggu-tunggu. Kita mahu melihat PRN yang bersih kali ini.

Klik di sini untuk terus membaca