[INFOGRAFIK] Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki hari kempat pada Khamis. Walaupun suasananya dilihat suram tanpa ceramah dan perhimpunan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketat Covid-19, namun ia tidak menghalang calon... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memasuki hari kempat pada Khamis.

Walaupun suasananya dilihat suram tanpa ceramah dan perhimpunan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketat Covid-19, namun ia tidak menghalang calon mengambil hati rakyat menggunakan kreativiti masing-masing dengan bergantung kepada teknologi.

Kini, rakyat Melaka mempunyai masa sekurang-kurangnya lapan hari lagi untuk memangkah siapakah calon pilihan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Biarpun terpaksa mengundi dalam suasana norma baharu hidup bersama Covid-19, namun ia tidak menghalang mereka untuk memilih calon, sekali gus meletakkan kembali Melaka dalam keadaan politik yang stabil.

Pilihan sudah pasti telah berada di tangan mereka, cuma masa sahaja yang akan menentukan siapakah akan bergelar pemenang di kerusi ditandingi.

Semoga kuasa diberikan kepada rakyat Melaka untuk memilih pemimpin digunakan sebijak mungkin pada 20 November ini agar negeri itu dapat ditadbir kembali dengan baik.

Pastikan mereka yang dipilih itu berintegriti, amanah dan bertanggungjawab serta mampu membela bangsa agama dan negara, sekali gus membawa Melaka ke arah kesejahteraan sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun politik.

Klik di sini untuk terus membaca