[INFOGRAFIK] Selepas 12 hari berkempen dalam situasi hibrid susulan penularan Covid-19, teka-teki parti mana yang bakal menubuhkan kerajaan di Melaka akhirnya terjawab. Ternyata, majoriti rakyat negeri itu memilih Barisan Nasional (BN)... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Selepas 12 hari berkempen dalam situasi hibrid susulan penularan Covid-19, teka-teki parti mana yang bakal menubuhkan kerajaan di Melaka akhirnya terjawab.

Ternyata, majoriti rakyat negeri itu memilih Barisan Nasional (BN) untuk memandu negeri itu maju ke hadapan bagi tempoh lima tahun.

Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, koalasi itu berjaya manakluk 21.

Selebihnya dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) sebanyak lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak dua kerusi.

Susulan kemenangan tersebut, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sekali lagi diberi tanggungjawab untuk mengetuai pentadbiran negeri bersejarah itu.

Ini kerana BN telah berjanji akan mengangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan tersebut memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

Berikut adalah keputusan rasmi PRN Melaka dan senarai penuh jumlah undi diperoleh calon parti bertanding.

Klik di sini untuk terus membaca