[INFOGRAFIK] Hurjet merupakan produk terbaru keluaran Turkish Aerospace Industries (TAI) yang dijangka berada dalam pasaran aeroangkasa dunia menjelang suku akhir 2022. Produk tersebut merupakan pesawat latihan moden yang turut memainkan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Hurjet merupakan produk terbaru keluaran Turkish Aerospace Industries (TAI) yang dijangka berada dalam pasaran aeroangkasa dunia menjelang suku akhir 2022.

Produk tersebut merupakan pesawat latihan moden yang turut memainkan peranan sebagai pesawat pejuang ringan.

Pesawat pejuang tersebut tiba-tiba menjadi perhatian dalam kalangan rakyat negara ini apabila pembuatannya bakal melibatkan Malaysia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Temel Kotil, pesawat pejuang tersebut akan dikeluarkan dengan kerjasama Malaysia sekiranya proses tender berjaya.

Sebanyak 15 pesawat akan dihasilkan di Malaysia dan tiga lagi di Turki jika proses tender berjaya, tambahnya.

Menurut laporan laman web Global Defence Corp, TAI memilih Malaysia kerana negara kita mempunyai kebolehan menghasilkan alat pesawat, terutamanya bahan komposit.

TAI yang berpangkalan di Ankara, Turki bukan lagi sebuah syarikat penerbangan baharu yang berkecimpung dalam industri aerosangkasa.

Syarikat yang telah beroperasi sejak 48 tahun lalu itu merupakan pakar dalam bidang aeroangkasa dan telah menghasilkan banyak pesawat pejuang, helikopter, pesawat tanpa pemandu (UAV) dan satelit.

Antara produknya yang mendapat pengiktirafan industri penerbangan dunia ialah pesawat latihan dan pejuang ringan dua tempat duduk iaitu TAI Hurkus.

GANTI PESAWAT TUA

Hurjet dihasilkan bagi menggantikan pesawat pejuang Northrop T-38 Talon yang digunakan sebagai pesawat latihan oleh Tentara Udara Turki.

Difahamkan, pesawat keluaran Northrop Corporation dari Amerika Syarikat (AS) itu telah berusia lebih 50 tahun.

Di samping itu, idea membina Hurjet juga bertujuan menggantikan pesawat pejuang Northrop F-5 yang digunakan oleh pasukan aktobatik udara Turki iaitu Turkish Stars Menurut laporan laman web Savunmahaber, Hurjet juga akan digunakan untuk memberi sokongan kepada pesawat pejuang utama negara berkenaan iaitu General Dynamics F-16 Fighting Falcon yang dihasilkan oleh syarikat Lockheed Martin dari AS.

Untuk rekod, Turki memiliki sebanyak 245 pesawat pejuang General Dynamics F-16 Fighting Falcon.

Klik di sini untuk terus membaca