SHAH ALAM - Lunturnya minat terhadap pelajaran disebabkan masalah ekonomi keluarga dikhuatiri menjadi punca sebilangan besar pelajar berhenti sekolah sejak Mac 2020 seperti dilaporkan. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Johar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Lunturnya minat terhadap pelajaran disebabkan masalah ekonomi keluarga dikhuatiri menjadi punca sebilangan besar pelajar berhenti sekolah sejak Mac 2020 seperti dilaporkan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Johar berkata, pelajar khususnya yang berada di peringkat sekolah menengah mampu menjana pendapatan sendiri juga boleh menyumbang kepada masalah tersebut.

Beliau berkata, segalanya bermula apabila pendapatan ibu bapa tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19.

"Ada kemungkinan mereka berhenti sekolah kerana sudah tidak minat belajar setelah mula menjana pendapatan sendiri. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, mereka memikirkan untuk apa meneruskan persekolahan.

"Sedangkan pendidikan penting bukan semata-mata untuk menjana pendapatan dan membentuk kerjaya, tetapi demi ilmu pengetahuan yang lebih luas,” katanya.

Jufitri berkata, keadaan itu sudah tentu berkait rapat dengan kemiskinan keluarga apabila ibu bapa tidak mampu belikan peranti untuk anak-anak bagi tujuan pembelajaran.

"Isu keciciran pelajar disebabkan pandemik bukan perkara asing yang dibincangkan khususnya membabitkan faktor kemiskinan terpaksa dihadapi rakyat. Perkara ini pernah dibangkitkan dalam perbincangan meja bulat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di mana MBM mempunyai wakil yang turut bersama.

"Keadaan menjadi lebih buruk kerana ibu bapa tidak mampu sediakan peranti untuk anak-anak bagi menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca