[INFOGRAFIK] Seramai 62,018 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara sehingga jam 6 petang tadi, menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Daripada jumlah tersebut, 2,211... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Seramai 62,018 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara sehingga jam 6 petang tadi, menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Daripada jumlah tersebut, 2,211 mangsa yang diselamatkan adalah bayi yang mana 1,148 merupakan bayi lelaki manakala 1,063 pula bayi perempuan.

Bagaimanapun, laman web InfoBencana JKM itu tidak menyatakan usia kesemua bayi yang ditempatkan di PPS seluruh negara.

Buat masa ini, Pahang mencatatkan jumlah bayi teramai ditempatkan di PPS iaitu 1,363 yang mana 700 bayi adalah lelaki dan 663 bayi perempuan.

Ia diikuti oleh Selangor dengan rekod bayi seramai 784 bayi yang mana 412 adalah bayi lelaki manakala selebihnya pula bayi perempuan.

Bencana banjir mula melanda negara kita pada tahun ini sekitar pertengahan Disember, susulan kehadiran musim tengkujuh yang dijadualkan bermula dari November 2021 hingga Mac 2022.

Bencana tersebut telah menyebabkan tujuh buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, banjir kali ini menyaksikan Pahang dan Selangor terjejas teruk.

Sehubungan itu, sebanyak 267 PPS telah dibuka di Pahang dan 117 PPS dibuka di Selangor bagi menempatkan seramai 59,165 mangsa daripada 16,703 keluarga di kedua-dua buah negeri.

Setakat ini, sebanyak 402 PPS telah dibuka di seluruh negara bagi menempatkan mangsa banjir di setiap negeri yang terjejas.

Klik di sini untuk terus membaca