SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli parti itu diminta supaya berhenti bermain politik sewaktu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Segamat, Johor baru-baru ini. Exco Pemuda... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli parti itu diminta supaya berhenti bermain politik sewaktu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Segamat, Johor baru-baru ini.

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, tindakan enam sukarelawan Muda disiasat polis kerana menyampaikan bantuan secara terus kepada mangsa banjir di rumah dan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, tanpa meletakkannya di tempat khusus terlebih dahulu, tidak perlu dipertikai Syed Saddiq kerana beliau lebih mengetahui prosedur itu.

Jelasnya, Syed Saddiq dan Muda tidak boleh menjadikan usaha memberi bantuan kepada mangsa banjir sebagai medan mereka menuding jari kepada mana-mana agensi kerajaan bertanggungjawab kerana semua pihak perlu menghormati prosedur dikeluarkan pihak berkuasa dalam menyalurkan bantuan mangsa banjir.

"Saya nak ingatkan Syed Saddiq janganlah bermain politik dengan musibah banjir ini. Segamat sudah hadap banjir sejak 1 Januari.

"Di mana kamu?," kata Bastien kepada Sinar Premium pada Isnin.

BASTIEN

Sebelum ini, Syed Saddiq mendakwa enam sukarelawan Muda disoal siasat polis kerana menyampaikan bantuan secara terus kepada mangsa banjir di rumah dan PPS di Segamat, tanpa meletakkannya di tempat khusus terlebih dahulu.

Beliau turut memohon maaf dan mengharapkan budi bicara pihak berkuasa terhadap sukarelawan parti itu yang memberi bantuan terus kepada mangsa banjir tanpa melalui prosedur ditetapkan pihak berkuasa daerah.

Mengulas lanjut, Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat turut menegaskan prosedur sukarelawan banjir perlu memaklumkan kehadiran mereka kepada pihak berkuasa adalah bertujuan memastikan semua sukarelawan berkenaan bebas Covid-19.

Ujarnya, prosedur itu adalah wajar mengambil kira ancaman varian baharu Omicron sedang berleluasa dan dengan pihak berkuasa pastinya tidak mahu penularan wabak berkenaan akan menggandakan lagi derita dihadapi mereka yang menghadapi musibah banjir.

"Pemuda UMNO turut menyambut baik langkah diperkenalkan kerajaan negeri yang mensyaratkan semua sukarelawan perlu menjalani proses saringan Covid-19 sebelum melangkah turun membantu mangsa banjir di kawasan terjejas," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca