SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dan lebih agresif bagi menangkap semua dalang yang terlibat dengan penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu dan pembelinya. Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim menyifatkan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dan lebih agresif bagi menangkap semua dalang yang terlibat dengan penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu dan pembelinya.

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim menyifatkan aktiviti itu sebagai tindakan yang sangat tidak berintegriti kerana sijil vaksin itu merupakan keperluan utama untuk mengembara di seluruh dunia.

Tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan mudah dengan memperdagangkan sijil vaksin tidak bermoral dan memalukan.

"Tindakan perlu diambil terhadap pengeluar dan pembeli sijil vaksin. Jika boleh, mereka yang terlibat dikenakan hukuman berat termasuk penjara.

"Jika dibiarkan, bukan sahaja sijil vaksin Covid-19 tetapi mungkin sijil-sijil lain juga boleh dipalsukan. Penguat kuasa perlu menghentikan kesalahan ini sama ada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis atau agensi berkaitan, perlu membanteras penjualan sijil ini.

"Ambil tindakan segera dan berikan hukuman yang berat supaya tiada sesiapa lagi yang berani untuk menjual sijil palsu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tangkapan ke atas seorang doktor yang menjual sijil vaksinasi palsu di sebuah klinik swasta di Marang Terengganu.

Shahul Hamid
Klik di sini untuk terus membaca