[INFOGRAFIK] Hutan bukan sahaja bertindak sebagai habitat kepada flora dan fauna, malah ia juga memberi manfaat kepada manusia secara keseluruhannya.
Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hutan mampu menjadi sumber kepada ekonomi, sosial, persekitaran dan kebudayaan untuk manfaat generasi akan datang.
Justeru, laporan bertajuk "The Global Forest Goal Report 2021" itu menekankan, penting untuk semua pihak memainkan peranan bagi memelihara dan memulihara hutan untuk mencapai pembangunan yang mampan.
"Hutan penting untuk menghapuskan kemiskinan, memerangi perubahan cuaca, memelihara biokepelbagaian, melindungi kawasan tadahan air serta mewujudkan jaminan makanan dan tenaga,” menurut laporan itu.
Untuk rekod, hutan meliputi 31 peratus permukaan bumi melibatkan kawasan seluas 4 bilion hektar yang mana 93 peratus adalah semula jadi manakala 7 peratus pula ditanam.
Klik di sini untuk terus membaca